‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’

‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’

Seorang wanita yang mendapat kecaman netizen selepas videonya bersama seorang rakan melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan yang tular sejak kelmarin tampil memohon maaf berhubung tindakan mereka.

Dalam perkongsian video di akaun TikToknya, semalam, wanita terbabit mendakwa ia bukan kubur sebenar dan dibuat pasukannya untuk penggambaran filem pendek yang akan ditayangkan di saluran YouTube.

Dia berkata, dia menarik rakannya untuk melangkah kubur itu dan mereka sedang membuat penggambaran filem pendek seram berkisarkan dua rakan yang tidak mempercayai makhluk halus serta cuba untuk ‘mencabar’ makhluk berkenaan.

“Bukan sekadar langkah kubur diaorang (mereka) pergi buat orang kata paranormal team dalam hutan bagai tetapi untuk kejadian itu ketika itu kita baru ‘shoot’ bahagian itu,” katanya dalam video penjelasan mengenai kejadian tular berkenaan.

Bagaimanapun, wanita itu enggan mendedahkan nama produksi atau pasukan mereka atas dasar tanggungjawab dan mengakui perkongsian itu dibuat untuk menarik perhatian orang menonton filem pendek mereka.

“Kita nak buat satu filem pendek yang baru sebenarnya jadi kita buat kubur baru iaitu tiada orang (dalam kubur itu), tanah itu tanah lapang dan kita korek tanah papan nisan kita pacak nampak macam kubur.

“Jadi itu untuk kegunaan penggambaran. Tetapi saya faham juga benda saya kongsi itu mengundang fitnah orang kata macam kubur siapa pula kau langkah itu.

“Jangan risau ‘guys’ tiada orang pun dalam tu dan kami pun tak gila lagi untuk langkah kubur orang.

“Kita masih lagi tahu adab dan rasa hormat pada orang (masih) hidup atau sudah meninggal dunia.

“Contohlah ada je cerita hantu yang buat mereka sampai korek kubur dan keluarkan mayat tetapi semua itu ‘set up’ (dibuat sendiri) jadi sama macam kami.

“Jadi kami pun ‘set up’ cuma itulah sayangnya saya tiada (video) di belakang tadbir masa kami ‘set up’ kubur itu,” katanya mengakui dirinya adalah individu yang membuat filem pendek yang ditayangkan di YouTube saja.

Wanita berkata, tanpa menyebut lokasi tanah perkuburan itu, dia memohon maaf kepada penduduk kampung berkenaan dan mengakui tiada niat untuk bersikap biadap di tanah perkuburan itu.

“Saya juga ingin mohon maaf banyak-banyak kepada penduduk kampung itu saya tiada niat untuk kurang ajar di tanah perkuburan korang (awak semua) yang penting sumpah demi Allah memang kubur itu kubur kita buat dan tiada siapa-siapa pun di bawah itu.

“Jadi ini saya tunjuk video penuh tapi minta maaf saya akan ‘censored’ (tapis) pasukan saya sebab mereka pun tak nak terkesan dengan benda macam ini.

“Saya ingatkan nak buat bahagian satu, bahagian dua tapi sayangnya tak sempat buat bahagian dua, bahagian satu sudah tular macam itu.

“Jadi ya itu (penjelasan) daripada saya minta maaf sekali pagi.. ‘peace no war’,” katanya.

Di penghujung video berkenaan, sambungan video tular itu turut disertakan yang memaparkan wanita berkenaan memberitahu mereka sedang dalam penggambaran.

Terdahulu, rakaman video memaparkan dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan tular di media sosial, hari ini mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perbuatan itu melampaui batas dan tidak menghormati agama serta waris pemilik kubur berkenaan. HM

‘Saya minta maaf, ia bukan kubur sebenar tapi ‘set up’ untuk penggambaran’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Boikot Starbucks, Berjaya Food rugi RM 33.16 juta suku ketiga

‘Semua salah TMJ’ – Tunku Ismail selar Selangor FC

Hartawan kelahiran Malaysia CEO terima gaji tertinggi di Amerika

Isteri menjadi dosa jika lakukan 2 ibadah ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker