Luar cafe, dalam main judi

Luar cafe, dalam main judi

SEREMBAN: Berselindung di sebalik ‘kafe hipster’ yang mempunyai rekaan dan dekorasi menarik, tetapi ramai pelanggan dalam premis berkenaan tertarik dengan perkhidmatan lain yang ditawarkan.

Itu antara taktik sindiket perjudian dalam talian yang dikesan beroperasi di enam premis kedai makan di daerah ini.



Semua premis berkenaan yang pernah diserbu polis sebelum ini, sekali lagi diambil tindakan oleh polis menerusi operasi Ops Pemotongan Khas dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, berkata ada premis berkenaan pernah diserbu beberapa kali, namun masih berdegil menjalankan aktiviti sama.

“Dalam operasi ini, polis dan TNB mengambil tindakan pemotongan serta pembekuan utiliti terhadap premis yang menjalankan kegiatan perjudian dalam talian,” katanya semalam.

Tambah beliau, dalam operasi itu sebanyak enam premis diambil tindakan bagi pemotongan premis dan pembekuan utiliti selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953. BH



Luar cafe, dalam main judi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker