Kes resit persenda Islam, 4 ditahan termasuk 3 warga Myanmar

Kes resit persenda Islam, 4 ditahan termasuk 3 warga Myanmar

Tiga warga Myanmar dan seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes resit pesanan pelanggan sebuah restoran rangkaian piza di Kenari Avenue, Bayan Lepas didakwa seolah-olah mempersendakan Islam.

Ketua Polis Barat Daya, Kamarul Rizal Jenal berkata tiga warga Myanmar, termasuk sepasang suami isteri, berusia 19 hingga 28 tahun ialah pekerja dusun durian, manakala lelaki tempatan 67 tahun itu merupakan majikan mereka.



Katanya, semuanya ditahan di sebuah pondok dusun durian di Sungai Ara, Bayan Lepas pada 16 Mei lalu.

“Tiga warga Myanmar itu direman hingga 3 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Lelaki tempatan itu pula dibebaskan dengan jaminan polis selepas reman tamat Isnin lalu. Setakat ini, kita sudah terima 17 laporan berkaitan kes berkenaan,” katanya menurut Berita Harian.

Pihak pengurusan rangkaian restoran piza itu membuat laporan polis susulan satu mesej kontroversi seolah-olah mempersendakan Islam di resitnya yang dimasukkan seorang pelanggan.



Media sebelum ini melaporkan polis merakamkan keterangan lapan individu, termasuk dua pekerja rangkaian restoran piza itu bagi membantu siasatan kejadian 15 Mei lalu. FMT

Kes resit persenda Islam, 4 ditahan termasuk 3 warga Myanmar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam

Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker