Zahid mahu UMNO kerjasama dengan PH dalam PRN Sabah, Shafie kata terpulanglah

Umno mempunyai hak untuk memilih parti mana ia mahu bekerjasama dalam PRN Sabah akan datang, kata Presiden Warisan Shafie Apdal.

Shafie mengulas kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi, Barisan Nasional (BN) sedia mempertimbangkan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) di Sabah selepas PRN.

Zahid yang juga pengerusi BN berkata, mereka sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi membentuk kerajaan Sabah.



“Itu hak mereka, saya tidak boleh menghalang. Jika mereka memutuskan begitu, maka terpulang kepada mereka. Saya tidak mahu campur tangan dengan apa yang mereka mahu lakukan

“Kita (Warisan) terbuka, dan seperti yang saya katakan, kita tidak mahu menolak sesiapa. Yang penting ialah memperkukuh parti kita sebagai platform yang memperjuangkan rakyat Sabah dan hak mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Kota Kinabalu.

Kenyataan Zahid susulan Umno Sabah pada Sabtu lalu membayangkan ia sanggup membentuk gabungan dengan parti lain menjelang PRN akan datang.

Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin dilaporkan berkata landskap politik negeri sekarang hanya untuk gabungan yang boleh membentuk kerajaan.



DUN Sabah akan terbubar secara automatik menjelang Oktober tahun depan, di mana pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari. Bagaimanapun, Ketua Menteri Hajiji Noor sebelum ini membayangkan pilihan raya boleh diadakan sebelum tamat penggal.

Turut menjadi spekulasi, Umno Sabah dan Warisan akan bekerjasama dalam PRN selepas Shafie mengumumkan kemungkinan itu pada perhimpunan agung partinya Disember lalu.

Terdahulu, FMT memetik sumber sebagai berkata BN dan PH dijangka bekerjasama dalam PRN Sabah akan datang, meneruskan pakatannya di peringkat persekutuan, yang ditubuhkan selepas PRU15 pada November 2022.

Sumber itu berkata, gabungan terbabit tidak akan melibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji Noor, walaupun ia adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



Sebaliknya, sumber itu berkata kerjasama mungkin termasuk Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), yang juga sebahagian daripada pentadbiran persekutuan semasa.

Mengulas mengenai pengumuman Anwar bahawa penyasaran subsidi bahan api mendapat persetujuan Jemaah Menteri, Shafie berkata ia langkah penting untuk membantu meringankan beban kerajaan.

“Saya melihat usaha dilakukan Anwar bermanfaat dalam menangani beban kerajaan, membolehkan kita menyalurkan bantuan dengan lebih berkesan kepada rakyat memerlukan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis



Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Saya bodoh, Mahathir pilih Ku Li – Musa Hitam



Sebab kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram diasingkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker