Mat Sabu wakili negara hadiri pengkebumian Presiden Iran – Anwar
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu akan mewakili Malaysia untuk menghadiri majlis pengebumian Presiden Iran Ebrahim Raisi.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika menghubungi presiden Interim republik Islam itu, Mohammad Mokhber, hari ini.
Anwar turut merakamkan ucapan takziah atas pemergian Ebrahim dan Menteri Luar Hossein Amir-Abdollahian, serta delegasi lain yang maut dalam nahas helikopter pada Ahad lepas.
“Saya memaklumkan Malaysia akan menghantar seorang menteri kanan (Mohamad Sabu) ke Iran untuk menghadiri majlis pengebumian Almarhum Presiden Raisi,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
“Saya juga sempat mengimbau pertemuan sebanyak dua kali dengan Ebrahim dan Hossein tahun lepas di New York dan Riyadh, dan saya telah memberi jaminan kepada Mohammad bahawa Malaysia akan meneruskan komitmen yang dibuat kepada Iran bawah kepemimpinan presiden sebelum ini.”
Pada Ahad lepas, helikopter yang membawa Ebrahim bersama Hossein dan beberapa individu lain terhempas di kawasan Varzaqan ketika dalam penerbangan pulang daripada upacara perasmian empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.
Susulan tragedi itu, Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan tempoh berkabung awam selama lima hari, selain meluluskan pelantikan Mohammad, yang juga naib presiden Iran, sebagai presiden interim.
Anwar berkata, menerusi perbualan telefon itu, Mohammad turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia atas perutusan budi dan takziah, menyifatkan kedua-dua negara rakan strategik yang menyanjung hubungan politik dan ekonomi yang sangat tinggi.
“Beliau turut berduka atas kehilangan dua orang kenamaan besar dalam kemalangan tragis itu selain meninggalkan pengaruh yang sangat kuat di Iran.
“Di akhir perbualan, beliau memberi jaminan bahawa hubungan baik dan kerjasama dengan Malaysia akan tetap dipelihara lantas diperkukuh,” katanya
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’
- Saya hanya akan hantar minyak sawit dua sudu kepada kamu supaya jadi cerdik
- Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)
- Keluarga penggali kubur mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600
- Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo
- Israel nafi jadi dalang tragedi yang meragut nyawa Presiden Iran
- Ustaz Ebit Lew buat panggilan video dalam keadaan ‘beronani’, mahkamah diberitahu
- Masak di stesen minyak, ‘siibodoh berempat’ didakwa esok
- Teguran doa dikubur orang kafir, penganjur jawab mufti
- Pengajuran parti ‘Pinkfish Express’ dalam gerabak KTMB dikutuk [VIDEO]
- Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
- 10 paling kaya Asia
- Yuna dilabel gila tolak kerjasama jenama terkemuka
- Guru tadika duduk atas badan budak, paksa makan oren
- Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis
You must be logged in to post a comment.