Serang balai polis: 20 ekstremis JI di Johor dikenal pasti

Serang balai polis: 20 ekstremis JI di Johor dikenal pasti

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengarahkan pasukan risikannya mengenal pasti 20 ahli kumpulan ekstremis Jemaah Islamiah (JI) yang berada di Johor.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain susulan serangan nekad dilakukan disyaki ahli JI di Balai Polis Ulu Tiram, di sini pagi tadi.



Susulan kejadian serangan itu, Razarudin berkata, pasukan risikan telah diarahkan untuk mengenal pasti 20 ahli kumpulan ekstrem JI yang berada di Johor.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua anggota polis maut, manakala seorang lagi parah selepas ditembak dan ditetak oleh seorang individu yang bertindak menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru kira-kira pukul 2 pagi hari ini.

Setakat ini, polis menahan seramai tujuh individu yang disyaki terlibat dalam serangan berdarah ke atas balai polis tersebut.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 21 tahun yang ditembak mati disyaki telah melakukan persediaan rapi untuk melakukan serangan itu. K Online



Serang balai polis: 20 ekstremis JI di Johor dikenal pasti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah



Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker