Mudahnya cari pahala

Mudahnya cari pahala

MADINAH: Bagi penduduk tempatan yang mungkin duduk berhampiran dengan Masjid Nabawi di Madinah kelihatan begitu mudah mencari pahala dengan bersedekah sambil duduk beriktikaf di dalam masjid sementara menunggu azan berkumandang.

Seorang tua berkerusi roda duduk di satu sudut sama setiap hari pada waktu Maghrib dan Isyak, kelihatan tidak pernah jemu mencari pahala dari sekecil-kecil perbuatan seperti membasuh tangan jemaah bersebelahan.

Pihak pengurusan masjid ada menyajikan juadah berbuka puasa ringkas seperti roti, yogurt, kurma dan air setiap waktu Maghrib,.

Apabila waktu azan Maghrib hampir berkumandang, pakcik tua itu pun akan bergerak dari seorang ke seorang jemaah tidak mengira siapa dan dari mana mereka datang, dengan berbekalkan botol penyembur serta tisu dia akan membasuhkan tangan setiap jemaah sebelum dan selepas makan.

Ada ketikanya, pakcik tua berkenaan kelihatan menyembur muka hingga ke kepala jemaah yang mungkin baginya adalah untuk menyejukkan badan atau menghilangkan rasa mengantuk dalam kalangan jemaah.

Begitulah gelagat yang dapat dilihat di Masjid Nabawi, mereka akan guna apa cara sekalipun untuk bersedekah walaupun tanpa wang ringgit demi mengutip pahala sebelum mata ini terpejam untuk selama-lamanya.

Ia menjadi tamparan hebat bagi kita yang jarang hendak bersedekah kerana terlalu memikirkan bersedekah itu hanya jika ada duit. Hakikatnya, tanpa duit pun kita boleh bersedekah asalkan kita mahu.

Kata orang, jika tidak ada duit hendak bersedekah, gunakan tenaga atau apa sahaja sekali pun kerana Allah itu maha mengetahui. BH

Mudahnya cari pahala

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kid dan Din tipu, Denden terperangkap – Amy

Netizen kecam Ning Baizura tak kenal Rafah

Punca Aliff curang kerana kesan selalu dibuli di sekolah – Aisyah Aziz

Geng bertopeng bagi ikan Siakap percuma (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker