Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat

Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat

IPOH: Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar di sini, berpunca daripada hujan lebat, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya melakukan pemantauan di lokasi kejadian sebaik menerima maklumat pada kira-kira jam 9 pagi tadi.

“Kejadian itu disebabkan hujan lebat dan tidak membabitkan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kejadian sama turut dilaporkan berlaku di air terjun Lata Kinjang dan hujan lebat di kawasan Kampar dan Tapah malam tadi juga menyebabkan paras air di Sungai Kampar berada pada paras bahaya pagi tadi, namun tiada kejadian banjir dilaporkan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima laporan mengenai kejadian itu setakat ini.

Terdahulu, tular di laman media sosial beberapa rakaman video menunjukkan kejadian kepala air berlaku di air terjun yang terletak di laluan Tapah-Cameron Highlands itu. BH

Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker