Gadis jurujual aksesori telefon dicabul lelaki penghantar barang di Kerteh

Gambar Hiasan

Seorang penghantar barang ditahan bagi membantu siasatan dakwaan mencabul seorang jurujual wanita di sebuah kedai aksesori telefon di Kerteh di sini semalam.

Lelaki berusia 24 tahun diberkas di rumahnya di Kemasik di sini pada pukul 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek didakwa mencabul jurujual wanita berusia 22 tahun di kedai aksesori telefon pada pukul 4.30 petang semalam.

“Mangsa mendakwa suspek yang merupakan pelanggan kedai aksesori telefon tersebut bertindak ganas mengasari dan cuba mencabulnya.

“Sebelum itu, dia didakwa melakukan gangguan seksual lisan terhadap jurujual wanita itu sebelum bertindak menarik mangsa ke dalam sebuah bilik khas untuk kakitangan di premis perniagaan terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, suspek seterusnya cuba meraba fizikal mangsa, namun gagal setelah wanita menjerit sekuat hati menyebabkan dia melarikan diri.

Tambahnya, mangsa kemudiannya menghubungi rakan sekerja yang keluar berehat untuk memaklumkan kejadian tersebut.

“Dia yang mengalami lebam akibat perbuatan suspek kemudiannya membuat laporan polis sebelum dihantar ke Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan.

“Semakan mendapati suspek memililki satu rekod jenayah lampau berkaitan pergaduhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)

108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia

Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker