Piala Thomas: Malaysia akan robohkan ‘Tembok Besar China’ petang ini

KUALA LUMPUR: Malaysia dan China masing-masing mengekalkan barisan pemain yang sama ketika aksi suku akhir, kelmarin bagi pertembungan separuh akhir Piala Thomas di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, bermula jam 5 petang ini.

Berdasarkan senarai pemain yang akan turun beraksi, perseorangan pertama negara yang berada di kedudukan ke-10 dunia, Lee Zii Jia dijadual menentang pemain nombor dua dunia, Shi Yu Qi.

Bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mengetuai cabaran beregu negara akan menentang pasangan nombor satu dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang.



Malaysia kekal mempertaruhkan Leong Jun Hao bagi menggalas tugas selaku perseorangan kedua dan akan bertemu juara Sukan Asia Hangzhou, Li Shi Feng.

Naib juara Asia, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang menghadiahkan mata kemenangan skuad negara ketika mengatasi Jepun di suku akhir akan turun menentang He Ji Tng-Ren Xiang Yu.

Andai aksi separuh akhir petang ini perlu ditentukan menerusi perlawanan terakhir, Malaysia mempertaruhkan kepercayaan kepada pemain perseorangan muda, Justin Hoh yang akan bertemu Lu Guang Zu.

Terdahulu, Malaysia mara ke separuh akhir pertama sejak kali terakhir pada edisi 2016 di Kunshan selepas mengejutkan Jepun 3-1 manakala China yang juga juara 10 kali mengatasi India 3-1 pada aksi suku akhir, kelmarin.




Barisan Malaysia-China

Perseorangan pertama
Lee Zii Jia (1) mln Shi Yu Qi (4)

Beregu pertama
Aaron Chia-Soh Wooi Yik (1) mln Liang Wei Keng-Wang Chang (6)

Perseorangan kedua
Leong Jun Hao (0) mln Li Shi Feng (0)



Beregu kedua
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (1) He Ji Tng-Ren Xiang Yu (0)

Perseorangan ketiga
Justin Hoh (0) mln Lu Guang Zu (0)

Nota: Dalam kurungan rekod pertemuan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ruhainies trauma, Bella tak layan panggilannya (Video)



108 cawangan KFC ditutup, ini penjelasan mereka

Jokowi kecewa rakyat Indonesia lebih percaya doktor Malaysia



Beting pasir seluas padang bola timbul di Sungai Kelantan kerana kemarau [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker