Guru MRSM Tumpat terbabit pedofillia, polis sudah ambil keterangan

Polis sudah memanggil 14 individu bagi mengambil keterangan berhubung kes membabitkan seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya sudah mengenal pasti penulis terbabit dan kini sedang menunggu laporan perubatan ke atas mangsa.

“Kita sudah ambil kenyataan 14 orang termasuk pelajar. Mana-mana yang kita rasa boleh memberikan kenyataan, memberikan sesuatu kepada kita untuk meneruskan siasatan.

“Kita juga sudah mengenal pasti penulis itu dan masih menunggu laporan perubatannya kerana dia pernah belajar di situ dan mungkin ada sebab lain menyebabkan penulisan itu dibuat.

“Apa pun kita akan pastikan untuk mendapatkan pandangan daripada doktor dan kita akan hantar kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk mendapat nasihat dan akan teruskan siasatan,” katanya selepas Sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, di sini, semalam.

Pada 30 Mac lalu, media melaporkan Polis Kelantan memulakan siasatan terhadap kes yang membabitkan seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Tumpat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penangan Leona nyanyi pelat, lagu Ketipak Ketipung Raya makin tular

Melampau, siasat individu hina mangsa nahas helikopter bertembung

Vlogger China digelar bodoh oleh kakitangan syarikat penerbangan tempatan

‘Kenapa Allah Tak Kahwinkan Kau’ (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker