Helikopter bertembung: Anggota TLDM dalam kolam renang cedera terkena serpihan

Helikopter bertembung: Anggota TLDM dalam kolam renang cedera terkena serpihan

Tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak yang mengorbankan 10 orang pagi tadi, turut mencederakan seorang anggota pasukan itu yang berada di lokasi kejadian.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata secara kebetulan ketika kejadian anggota berkenaan sedang berenang di dalam kolam renang, lokasi sebuah helikopter itu terhempas.



“Tiada orang luar mengalami kecederaan, melainkan seorang sahaja yang kebetulan dia sedang berenang di kolam renang tersebut.

“Anggota terbabit terkena serpihan daripada helikopter Fennec tersebut dan mengalami kecederaan ringan. Kebetulan anggota terbabit berada dalam kolam renang ketika kejadian berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa melakukan lawatan ke tempat kejadian, hari ini.

Dalam nahas pagi ini, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.



Nahas jam 9.32 pagi itu membabitkan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM. BH

Helikopter bertembung: Anggota TLDM dalam kolam renang cedera terkena serpihan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker