Syor peruntukan sama rata boleh dilaksana tetapi perlu syarat ketat

Cadangan supaya satu undang-undang digubal bagi membolehkan ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang menerima peruntukan sama rata boleh dilaksanakan sekiranya semua pihak mengamalkan politik matang serta terbuka.

Bagaimanapun, jika cadangan itu direalisasikan, ia mesti dilaksanakan berpandukan syarat ketat bagi memastikan peruntukan yang diagihkan itu tidak disalah guna untuk tujuan politik dan peribadi.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali, berkata dalam situasi kerajaan memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen, ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan.



“Cadangan itu boleh dilaksanakan tetapi mesti disertakan dengan kematangan politik kerana kalau politik kita masih bersikap dunia ketiga, sukar kematangan dalam berpolitik boleh dicapai.

“Jadi, jika benar ada kesungguhan politik dan kerajaan mahu melaksanakannya, undang-undang itu perlu diperincikan dengan menetapkan beberapa syarat,” katanya kepada BH hari ini.

Ahli Parlimen Beluran daripada BERSATU, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebelum ini mencadangkan supaya diwujudkan satu undang-undang mewajibkan semua ahli Parlimen menerima peruntukan sama rata.

Cadangan itu disokong beberapa wakil rakyat kerajaan termasuk Ahli Parlimen Pasir Gudang dari PKR, Hassan Karim, yang menyifatkan cadangan itu sebagai perkara mudah dicapai dan boleh dilaksanakan dengan mudah.



Katanya, jika cadangan itu direalisasikan, Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan yang muhibah daripada ahli Parlimen Pembangkang.

“Malah tak perlu libat urus dengan pihak berkepentingan mengenai perkara ini. Rang undang-undang (berhubung perkara itu) jelas dan mudah.

“Ini salah satu aspek reformasi Parlimen dan akan membebaskannya daripada kawalan atau pengaruh eksekutif, terutamanya apabila berkaitan dengan kewangan dan dana,” katanya.

Mengulas lanjut, Mazlan berkata, antara syarat yang boleh ditetapkan dalam undang-undang itu kelak ialah dengan mewajibkan setiap peruntukan itu diaudit.



“Sebagai contoh, peruntukan itu mesti diaudit dan dilaporkan, kalau ada proses sedemikian, maknanya tidak ada masalah untuk melaksanakannya.

“Apa yang kita bimbang ialah sekiranya peruntukan itu disalah guna, jadi kena perincikan undang-undang itu maksudnya peruntukan itu untuk kegunaan rakyat, bukan untuk kerja politik,” katanya.

Sementara itu, penganalisis politik di Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub, mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan satu jawatankuasa untuk memantau dan menyelia setiap peruntukan yang disalurkan kepada ahli Parlimen.

Katanya, pihak paling sesuai untuk melaksanakan tugas terbabit ialah pegawai di Pejabat Daerah kerana mereka memiliki kakitangan terlatih dan berpengalaman.



“Kalau ahli Parlimen mahu menggunakan peruntukan terbabit, hanya perlu memohon kepada Pejabat Daerah kerana kita tidak mahu wang cukai rakyat atau dana negara disalah guna untuk tujuan parti atau tanpa audit jelas ke arah mana wang terbabit digunakan,” katanya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker