Buang Beras: CAP mahu MP Kuala Krau dikenakan tindakan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa tindakan sewajarnya diambil terhadap bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said yang mengaku bertanggungjawab susulan tular isu pembuangan beras dan barang dapur yang sepatutnya diagihkan kepada orang ramai.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata dalam situasi rakyat Malaysia berdepan isu lonjakan harga dan ketiadaan beras tempatan, tindakan dilakukan oleh seorang pemimpin yang pernah memegang portfolio menteri, amat sukar diterima.

“Kementerian berkaitan mesti dakwa Ahli Parlimen berkenaan atas tindakannya membuang dan membakar bahan makanan yang boleh dimakan.



“Beliau kena bayar nilai harga beras dan makanan yang telah dibakar. Duit yang dibelanjakan untuk beli beras adalah duit rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lewat petang semalam, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin, tepung dan barangan makanan lain dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.

Gambar itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Susulan daripada itu, Ismail hari ini memohon maaf atas kekhilafan terbabit dan mendakwa kesemua bekalan terbabit adalah stok simpanan yang disediakan untuk orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.



Dakwanya, barangan terbabit dibeli menggunakan peruntukan peribadi dan disimpan sebelum tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022.

Bagaimanapun, dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.

Mengulas lanjut Subbarow berkata, amat sukar diterima apabila tindakan terbabit dilakukan seorang pemimpin yang pernah memegang jawatan timbalan menteri.

“Memang sukar dipercayai dan tidak boleh diterima alasan yang diberikan oleh Ismail yang juga bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri.Pada masa ini semua orang sedang memburu beras. Tak kisahlah bila dia beli beras dan agihkan. Sepatutnya bungkusan beras dan makanan terbabit boleh diedarkan dengan mudah kepada orang ramai,” katanya.



Tegasnya lagi, alasan stok makanan terbabit sudah dimakan tikus menunjukkan pemimpin terbabit tidak serius terhadap peranannya sebagai seorang Ahli Parlimen yang bertanggungjawab.

“Jika tidak boleh diedarkan (stok makanan terbabit), ini menunjukkan beliau tidak serius terhadap isu makanan. Jangan mengeluh (dengan memberi alasan) stok beras dan makanan lain sudah rosak akibat dicemari tikus.

“Dia tidak boleh memberi alasan atas kesilapannya. Sudah pasti beliau ada cukup pegawai untuk membantu. Adakah semua pegawai menjadi buta kerana tidak tahu berapa banyak bungkusan makanan yang ada,” katanya.

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker