Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan

Polis Miri menahan seorang lelaki berusia sekitar 30-an bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan parit besar di Lakeshore, Senadin dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang identitinya dikenali sebagai Lah Wan, ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam sekitar jam 9.03 pagi.

“Mangsa pada awalnya diklasifikasi mati mengejut di tempat kejadian.



“Namun, pemeriksaan lanjut menemui enam kesan tetakan di bahagian kepala, dua kesan tetakan pada tapak tangan kanan, satu tetakan pada bahagian belakang badan serta satu kesan tetakan pada lutut sebelah kiri,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.

Suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, polis sedang mengenal pasti motif di sebalik serangan tersebut dan mengesan senjata yang digunakan. – Awani



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker