Berdosa samakan manusia dengan anjing – Abu Hafiz
Berdosa samakan manusia dengan anjing – Abu Hafiz
Islam mengharamkan penghinaan atau menyamakan manusia dengan binatang meskipun berbeza pendapat, kata Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran Sunnah UIAM, Abu Hafiz Salleh Hudin.
Dia berkata demikian ketika diminta mengulas poster tular di media sosial yang menyamakan Muslim yang memakan produk makanan segera McDonalds sebagai anjing.
“Dalam hal ini, tidak sepatutnya bahkan berdosa seseorang itu menghina golongan yang tidak terlibat dalam boikot dengan memberi gambaran negatif seperti anjing kepada mereka.
“Ini kerana di dalam al-Quran dan hadis juga menyatakan bahawa dilarang menghina sesama umat Islam. Perbezaan pendapat mengenai boikot bukanlah suatu masalah sehingga perlu memaki hamun sesama masyarakat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Katanya, tindakan memboikot makanan segera berkenaan merupakan pilihan individu, namun mereka yang berbuat demikian tidak sepatutnya bersikap melampau.
“Mereka yang memilih untuk melakukan boikot tidak perlu memaksa atau menghina orang lain dengan menggunakan bahasa yang tidak sepatutnya serta menggelar seseorang itu anjing,” ujarnya.
Terdahulu, tular beberapa poster meme di media sosial menggambarkan anjing menikmati hidangan McD, dipercayai dihasilkan seorang pengguna Facebook.
Restoran makanan segera itu menjadi sasaran kempen boikot kerana dikaitkan dengan syarikat berkaitan Israel.
Poster itu antara lain menunjukkan anjing memakai tudung kepala serta berbaju Melayu.
Berkongsi poster itu di media sosial, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ustaz Lariba menyifatkan perbuatan itu sebagai melampau.
“Kalau rasa boikot itu ibadah, jangan sulam ia dengan dosa lain pula. Pahala entah ke mana, hanya tambah dosa saja,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Abu Hafiz berkata golongan yang ingin memboikot produk makanan segera itu sepatutnya meyakinkan orang ramai tujuan mereka berbuat demikian dengan bahasa yang sopan.
“Kedua-dua belah pihak tidak perlu memprovokasi antara satu sama lain kerana ia akan mengundang kepada tanggapan yang mencetuskan perbalahan kerana agama kita mendahulukan adab dan perilaku yang baik bukannya membuat lukisan yang mengaibkan,” katanya lagi.
Sementara itu, Pakar Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof Dr Rusdi Abd Rashid berkata umat Islam perlu menunjukkan contoh teladan yang baik dan bukannya melabelkan seseorang dengan haiwan.
Katanya, tindakan itu hanya akan mencemarkan imej Islam.
“Kemarahan yang membuak-buak menyebabkan orang selalunya hilang pertimbangan untuk berfikir, itu yang sampai buat gambar begitu.
“Pada saya kita sendiri pun tidak tahu keadaan mereka yang pergi membeli mungkin disebabkan musim perayaan banyak kedai yang tutup jadi terpaksa beli di situ.
“Bagi saya tidak patutlah melebih-lebih mahupun taasub dalam memboikot sehingga memberi gambaran sedemikian kepada orang ramai,” ujarnya. FMT
Berdosa samakan manusia dengan anjing – Abu Hafiz
Baca Artikel Menarik:
- Ramai MC penat tempuh kesesakan
- Ambil tindakan terhadap Hezry Yasin – Wanita UMNO
- Roy lega ibu jari kaki tak perlu dipotong
- Hattan hilang adik pada Syawal kelima
- Perbandingan Tentera Iran-Israel, siapa lebih kuat? [VIDEO]
- Kes Madu Marissa Dania, Kakak Misya Mazlan pula bersuara
- Amaran Iran buat Israel, ‘jangan bertindak balas, dendam sudah terlunas
- Sanggup beratur panjang hampir 2 jam hanya untuk ‘kencing dan berak’ [VIDEO]
- Kes tembakan KLIA: Ustazah Farah Cie dinasihat tidak buat kenyataan
- Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi BMW terbabas jalan Jeli-Dabong
- Ji Zia dibidas, hanya Lee Chong Wei layak bercakap soal imej
- Pusat beli-belah di Sydney diserang, enam maut termasuk kanak-kanak
- Sanggup tikam rakan dan sumbat mayat ke dalam peti ais
- Ikan bandaraya pemusnah ekosistem, ikan patin, tilapia & lampam hampir pupus
- Syasya tinggalkan Dolla
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.