Atikah Suhaime masih kekok jadi datin

Atikah Suhaime masih kekok jadi datin

Pelakon Atikah Suhaime mengaku gelaran Datin yang diterima selepas berkahwin mengubah persepsi orang luar terhadap dirinya terutama berkaitan urusan perniagaan.

Atikah berkata, sebelum ini dia pernah dipandang rendah apabila dianggap masih mentah dalam bidang perniagaan namun pandangan itu mula berubah apabila menyedari dia berpangkat Datin.



“Apabila bersama rakan-rakan saya tak minta mereka panggil Datin pun, tapi kalau urusan kerja saya rasa panggilan itu perlu.

“Sebab saya ada pengalaman terutama dalam urusan perniagaan, mereka lihat saya macam kanak-kanak dan tidak tahu apa-apa.

“Tapi bila ada yang panggil Datin terus pandangan mereka berubah. Bagi saya, dalam hal berkaitan kerja rasanya perlu untuk dapatkan rasa hormat itu,” katanya.

Menurut Atikah, sejak mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari lalu, dia mengaku masih kekok untuk menggunakan gelaran itu.



“Buat masa ini ada rasa janggal sebab gelaran itu bukan semua orang boleh dapat.

“Suami saya berusaha keras sepanjang membina reputasinya sebagai ahli perniagaan sehingga menerima pingat yang membawa gelaran itu.

“Saya pula rasa tak setaraf dengan suami yang sudah capai pelbagai perkara dalam kariernya.

“Saya sentiasa menjadikan suami sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dan melakukan sesuatu kepada masyarakat,” katanya. HM



Atikah Suhaime masih kekok jadi datin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker