Penembak di KLIA bergerak solo

Penembak di KLIA bergerak solo, tak dibantu pihak lain

SEPANG: Kejadian melepaskan tembakan ke arah seorang wanita sebelum terkena pengawal peribadi di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam dilakukan oleh seorang suspek tanpa membabitkan individu lain.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata polis menolak dakwaan viral di media sosial mengatakan kejadian itu turut membabitkan pihak lain.

Polis sudah mendapatkan pengesahan melalui keterangan saksi yang mengesahkan identiti suspek dan juga melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian.

Suspek yang melepaskan tembakan adalah suami mangsa, Hafizul Hawari berusia 38 tahun dan siasatan mendapati beliau bergerak secara solo.

“Polis percaya suspek masih berada dalam negara dan menyeru agar beliau menyerah diri di mana-mana balai,” katanya di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) KLIA hari ini.

Setakat ini polis sudah mengambil keterangan 11 saksi termasuk pengawal keselamatan KLIA, polis dan dua doktor di KLIA dan Hospital Cyberjaya.

Katanya, polis akan memanggil beberapa saksi lain seperti pekerja premis perniagaan berdekatan kejadian, ahli keluarga dan beberapa individu lain yang boleh membantu siasatan. BH

Penembak di KLIA bergerak solo, tak dibantu pihak lain

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker