Amaran Iran buat Israel, ‘jangan bertindak balas, dendam sudah terlunas!

TEHRAN: Iran menganggap serangan dron dan peluru berpandu ke atas Israel adalah sebagai ‘selesai’, sambil memberi amaran kepada rejim Zionis supaya tidak bertindak balas.

Tindakan balas itu dilakukan Tehran berikutan serangan maut Israel terhadap bangunan konsulat Iran di Damsyik.

“Perkara itu boleh dianggap selesai. Bagaimanapun, sekiranya rejim Israel membuat kesilapan lagi, tindak balas Iran akan menjadi lebih teruk.

“Tindakan ketenteraan Iran adalah sebagai tindak balas terhadap pencerobohan rejim Zionis terhadap premis diplomatik kami di Damsyik awal bulan ini.

y”Ia dilakukan atas kekuatan Artikel 5 Piagam PBB yang berkaitan dengan pertahanan yang sah,” kata misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam catatan di X hari ini.

Tindak balas Iran itu adalah serangan ketenteraan secara langsung negara itu ke atas wilayah Israel.

Semalam, Kor Pengawal Revolusi Iran mengumumkan mereka melancarkan puluhan dron dan peluru berpandu, menyasarkan tapak tentera di wilayah Israel.

Berikutan serangan itu, tentera Israel mendakwa pihaknya menembak 99 peratus dron dan peluru berpandu dengan bantuan Amerika Syarikat dan sekutu lain.

Oleh yang demikian, Israel mendakwa serangan yang dilancarkan Tehran sebagai gagal.

Bagaimanapun, Ketua Kakitangan Tentera Iran, Mohammad Bagheri, mendakwa serangan dilancarkan pihaknya mencapai semua objektif.

Katanya tindakan balas Iran menyasarkan pusat perisikan dan pangkalan udara di mana Tehran mendakwa ia menjadi lokasi jet F-35 milik Israel berlepas untuk menyerang konsulat Damsyik pada 1 April lalu.

“Kedua-dua pusat ini telah musnah dengan ketara dan tidak berfungsi.

“Justeru, tiada niat untuk meneruskan operasi ini,” katanya sambil menggesa Israel tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Iran bagi mengelak tindak balas yang jauh lebih besar. – AFP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker