Kalau suami hilang, cari di rumah kawan – Bella Astillah

Kalau suami hilang, cari di rumah kawan – Bella Astillah

“Kalau suami hilang, kita cari di rumah kawan,” kata pelakon dan penyanyi, Bella Astillah ketika hadir di karnival beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah, semalam, yang meraih perhatian ramai.

Perkongsian Bella itu mengundang jeritan dan sorakan pengunjung yang terkejut dengan sindiran diberikannya itu.



Malah, Bella juga dilihat turut ketawa dengan aksi spontannya itu.

Terdahulu, Bella yang diundang ke program berkenaan ketika berada di atas pentas berkongsi tip bagaimana mahu mencari suami yang tiba-tiba menghilangkan diri.

Bella berkata, sekiranya kejadian berlaku, perkara pertama yang boleh dilakukan isteri adalah mencari suami di rumah kawan.

“Saya mestilah risau kalau suami hilang, tapi saya ada tip kalau suami hilang cari di rumah kawan,” katanya.



Meninjau ke ruangan komen pada beberapa hantaran video yang tular, rata-rata netizen lucu dengan tip yang diberikan ibu kepada dua cahaya mata itu.

“Sindiran yang cukup hebat. Terbaik Bella.”

“Orang yang jenis pendiam ini jangan buat main sebab sekali dia buka mulut ayat yang keluar pedas.”

“Padu gila ayat Bella,” tulis beberapa netizen di ruangan komen.



Sindiran Bella itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes suaminya, Aliff Aziz dan rakan baiknya, Ruhainies yang didakwa berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Kalau suami hilang, cari di rumah kawan – Bella Astillah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang



Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh

Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker