Kedah tamatkan operasi Kedah Agro

Kedah tamatkan operasi Kedah Agro

Kerajaan negeri mengumumkan penamatan operasi Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selepas mendapati syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu tidak lagi berdaya maju serta menanggung liabiliti terlalu besar.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu, tidak boleh ditutup terus kerana masih mempunyai aset yang perlu dicairkan bagi membayar hutang.



“Saya sudah maklumkan lama bahawa syarikat itu tidak berdaya maju, kena buat penamatan operasi, patut lama sudah buat. Syarikat itu bukan ditutup, tapi ditamatkan operasi. Walaupun terlewat buat (tutup operasi), kita buat juga.

“Syarikat masih ada aset, ada liabiliti, ada hutang dengan orang lagi, maka tak boleh tutup. Jadi kena tamat operasi dan perlu ada pihak bayar semua hutang dahulu,” katanya ketika ditemui selepas hadir Program Cahaya Ramadan anjuran Yayasan TM di Kompleks Pekan Rabu di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi menegaskan, kerajaan negeri sama sekali tidak akan menyelamatkan KAHB melalui suntikan modal atau penstrukturan semula syarikat kerana ia bertentangan dengan dasar ditetapkan pentadbirannya.

Katanya, beliau tidak akan menggunakan dana milik kerajaan negeri bagi membantu syarikat terbabit atau membayar pampasan kepada seramai 24 pekerjanya yang tidak menerima gaji sejak sembilan bulan lalu.



“Jadi kena ada orang bayar hutang syarikat dulu, urus aset dan liabiliti sedia ada. Jumlah hutang syarikat saya tak pasti, tetapi yang saya tahu terlalu banyak sehingga tak mampu melangkah lagi.

“Kerajaan negeri tak akan ‘bail out’ Kedah Agro, itu kerja kerajaan dulu, dasar saya GLC tak berdaya maju akan ditutup. Ada orang kasihan kepada seorang dua pekerjanya, tetapi saya perlu jaga dua juta rakyat Kedah,” katanya.

Terdahulu, pelbagai pihak mendesak kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan tunggakan gaji seramai 24 kakitangan Kedah Agro yang tidak dibayar gaji antara tujuh hingga sembilan lalu, selepas syarikat terbabit berhadapan masalah kewangan.

Bagaimanapun, Muhammad Sanusi enggan menggunakan dana kerajaan negeri termasuk menggelar kakitangan Kedah Agro sebagai ‘lintah’ kerana hanya tahu menyedut dana MBI, tanpa berusaha menjana pendapatan sendiri. BH



Kedah tamatkan operasi Kedah Agro

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isma Aliff rayu anak-anak pulang beraya



Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aliff kantoi kerana GPS, perakam dengar perbualan tak senonoh



Curang tapi tak nak cerai sebab ada ‘game’ – Rita Rudaini



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker