Kadir Jasin Bidas Prof. Muhaya: ‘Menanam Benih Pembodohan Sumpahan Paling Hina’

Kadir Jasin Bidas Prof. Muhaya: 'Menanam Benih Pembodohan Sumpahan Paling Hina'

Kadir Jasin Bidas Prof. Muhaya: ‘Menanam Benih Pembodohan Sumpahan Paling Hina’

Bila profesor Melayu kata wanita kena bodoh-bodoh sikit…

Almarhum Abdullah Abdul Kadir @ Munshi Abdullah pernah berkata:

“Kamu (orang Melayu) dibesarkan oleh orang tua yang menanam benih pembodohan. Sumpahan paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan yang ditanam sendiri oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina.”



Itu dulu. Zaman guru (Munshi) Abdullah (1797-1853), seorang kacukan Arab, Tamil dan Melayu sedang hebat mengkritik dan menasihati masyarakat Melayu feudal.

Sampai hari ini, masih ada “cendekiawan” Melayu bertelinga nipis membenci beliau kerana dituduh memandang rendah orang Melayu lantas dilabelkannya tali barut penjajah.

Tetapi Pendeta Zaaba @ Zainal Abidin bin Ahmad (1895 -1973) juga mengatakan hal yang lebih kurang sama dalam hubungan orang Melayu sebagai orang Islam.

Katanya: “Agama yang telah diajar oleh orang Melayu kepada orang Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yang tidak boleh bangkit.”



Alhamdulillah, orang tua dan datuk nenek saya tidak seperti itu. Sebaliknya mereka menyemai benih kecerdikan dan mengajar saya agama yang membuka mata dan minda.

Saya terbaca dua petikan pahit tetapi sangat tepat di atas dalam satu hantaran WhatsApp beberapa hari lalu dan kebetulan semalam terserlah kebenaran kenyataan dua cendekiawan agung itu.

Tular di media arus perdana dan sosial “tesis” seorang profesor Melayu mengenai dua perkara. Pertama, wanita tidak boleh terlalu berdikari dan perlu tunjuk sikap perlukan bantuan daripada lelaki. Kedua, kalau hendak cepat mendapat jodoh, wanita kena “bodoh-bodoh” sikit.

Saya tidak mahu menyebut nama profesor itu sebab saya tidak bertujuan memuliakan atau mentertawakan dia. Boleh jadi niat dia baik dan tesis dia betul cuma cara penyampaian dia menjatuhkan darjat wanita dan boleh menghilangkan semangat mereka untuk berjaya.

Kita sepatutnya memberi galakan dan memperkukuhkan keyakinan wanita terhadap keistimewaan kejadian mereka apatah lagi dalam suasana sekarang di mana wanita semakin cemerlang dalam pelajaran dan pekerjaan.



Bukan salah wanita Melayu jika mereka menguasai kerusi di institusi pengajian tinggi kerana banyak lelaki Melayu memilih untuk memasuki pusat serenti. Boleh jadi lelaki keluaran pusat serenti inilah yang mahukan isteri bodoh.

Saya gembira melihat banyak orang Melayu, perempuan dan lelaki, bangkit menyanggah, menyangkal dan memperbetulkan kenyataan sang profesor itu. Orang Melayu mesti berani bersuara.

A KADIR JASIN ialah tokoh wartawan veteran, bekas penasihat media Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri serta pernah menjadi anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Kadir Jasin Bidas Prof. Muhaya: ‘Menanam Benih Pembodohan Sumpahan Paling Hina’


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pemandu maut setelah kereta terbabas langgar penghadang plaza tol

 



Related Articles

One Comment

  1. Kadai jasin ni pun satu hal jugak,mcm budak budak terikut bodoh2 diri buat komen.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker