Bella dedahkan Aliff Aziz bukan curang 4, 5 kali tetapi 11 kali termasuk dengan adik kandungnya

BUKIT JELUTONG: Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendakwa suaminya, Aliff Aziz pernah berlaku curang terhadapnya sebanyak 11 kali termasuk dengan adik kandungnya

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata, dia juga mempunyai cukup bukti terhadap setiap perbuatan curang suaminya itu.

“Yang orang tahu Aliff curang empat dan lima kali sahaja, tapi sebenarnya 11 kali. Saya ada bukti dan Aliff tahu semua ini.

“Selepas Aliff ditangkap khalwat saya tak bagi apa-apa kenyataan sebab saya sendiri terkejut walaupun ada yang fitnah kata saya yang perangkap.

“Anda rasa saya ada tenaga nak buat semua itu? Jujurnya, saya tak suka orang tanya mengenai saya balik Sabah atau tidak. Sebab saya ada sesuatu untuk dikongsikan, jujurnya saya sudah tiada keluarga di Sabah.

“Seperti diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga adik-beradik perempuan. Aliff pernah curang dengan adik saya.

“Punyalah saya sayang pada Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Allahuakbar.

“Saya tak pernah dedah mengenai perkara ini, tetapi saya terpaksa sebab orang yang saya sanjung seperti keluarga mentua pun tak sangka berpaling tadah,” dakwanya.

Bella mendedahkan perkara itu ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di K Town, Radia Gallery, di sini, petang tadi.

Ibu kepada dua orang anak ini berkata, Aliff dan adiknya bertukar mesej meminta hubungan mereka dipermudahkan ketika dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.

“Sebenarnya, ada mesej kononnya minta doakan hubungan mereka ketika kami mengerjakan umrah. Adik saya juga pernah temankan Aliff ke Gegar Vaganza.

“Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Soal adik memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik ke kampung.

“Terpaling teruk dan saya kesali, saya buang adik, tak buang Aliff,” dakwanya.

Bella berkata, Aliff juga selalu tidak pulang ke rumah dan perlu berhadapan dengan perkara sebegini berseorangan termasuk kes khalwat suaminya bersama Ruhainies.

“Saya ada mengadu pada ibu mentua, dia minta saya kena husnuzon (bersangka baik). Dia juga katakan saya perlu fokus kepada diri sendiri dan dekatkan diri dengan Allah. Itulah yang saya buat.

“Ustaz yang mengajar saya mengaji dari 2018 mula ajar saya mengaji balik sebab saya tak boleh fokus. Hari-hari nak cari Aliff di mana. Saya mengaji sampailah ustaz bersuara supaya saya buat solat istikharah. Pada bulan yang mulia ini saya buat solat istikharah.

“Dia ada kata nak ceraikan saya pada 31 Mac lalu selepas habis shooting dan selepas saya solat istikharah, Allah tunjukkan kes khalwat dan sebab itu, saya fail cerai.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir

Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong

Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker