Pengampunan diraja benarkan tahanan di rumah – Najib

Pengampunan diraja benarkan tahanan di rumah – Najib

Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa bahagian tambahan (adendum) dalam pengampunan diraja membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dengan tahanan di rumah.

Najib membuat dakwaan itu dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 April lalu.



Dalam semakan kehakiman itu, dia memohon mahkamah mengarahkan menteri dalam negeri, peguam negara, Lembaga Pengampunan, kerajaan persekutuan dan beberapa lagi responden untuk mengesahkan dakwaan itu.

Menurut salinan permohonan semakan kehakiman itu, Najib mendakwa bahagian tambahan itu dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Januari lalu.

Najib turut memohon perintah mahkamah agar responden bukan sahaja mengesahkan perkara itu, tetapi “dengan serta-merta mengeluarkan pemohon daripada penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur, di mana pemohon akan meneruskan hukuman penjaranya di bawah tahanan di rumah”.

Dia turut memohon perintah mandamus agar responden memberikan versi asal adendum diraja tersebut, kos dan apa-apa relif yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.



Dalam afidavit sokongannya pula, Najib mendakwa haknya terjejas dan dilanggar oleh responden dengan mengabaikan pertanyaannya berkenaan dakwaan bahagian tambahan tersebut.

Dakwanya, tindakan responden mengabaikan permintaannya merupakan pelanggaran terhadap hak asasinya di bawah Perlembagaan Persekutuan, selain bersamaan dengan penghinaan kepada Agong.

Dia turut mendakwa responden cuba menyembunyikan kewujudan bahagian tambahan itu.

Pengampunan diraja benarkan tahanan di rumah – Najib



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong



Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker