Kehilangan anak dikandung meninggalkan kesan mendalam pada Hannah Delisha
KUALA LANGAT: Detik menyedari kandungan yang disangka mencecah usia 13 minggu disahkan doktor tidak lagi bernyawa, cukup meninggalkan kesan emosi kepada pelakon, Hannah Delisha.
Berkongsi perasaan, Hannah berkata, detik itu tidak akan dilupakannya, sampai bila-bila.
“Bayangkan, kali pertama nampak bayi kita pada mesin imbasan, tentulah rasa sangat teruja. Namun, tidak sampai beberapa minit, wajah doktor berubah.
“Beberapa kali doktor buat semakan. Kemudian, beliau panggil seorang lagi doktor untuk mendapatkan kepastian.
“Akhirnya, mereka sahkan jantung bayi saya berhenti berdegup pada usia kandungan lapan minggu. Bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu?
“Baru seminit rasa gembira, tiba-tiba terima berita sangat menyedihkan,” katanya dalam linangan air mata ketika ditemui pada acara Sinar Ramadan anjuran jenama baju Melayu Bulan Bintang dengan kerjasama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Surau Al Mukmin di Bandar Saujana Putra (BSP) di sini, semalam.
Pada 17 Mac lalu, Hannah berkongsi khabar duka dirinya keguguran melalui ciapan di pelantar X.
Hannah berkata, dia menangis bukan kerana tidak menerima ketentuan takdir, sebaliknya, trauma mengenangkan saat menerima berita duka itu dan kesakitan menjalani prosedur D&C atau cuci rahim.
Hannah berkata, andai dikurniakan rezeki hamil, dia mahu lebih berhati-hati termasuk menguruskan kerja dengan bijak dan tidak bergerak aktif.
Hannah atau nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.