Bazar Ramadan seluruh negara: 33,000kg makanan bernilai RM416,000 berjaya diselamatkan
Sebanyak 33,000 kilogram (kg) makanan dan minuman dengan anggaran nilai RM416,000 berjaya diselamatkan di bazar Ramadan seluruh negara menerusi program MySaveFood Ramadan yang dilancarkan sejak 14 Mac lalu sehingga hari ini.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, berkata kempen itu digerakkan kementerian dengan rakan strategik iaitu Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia dan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
“Kita bekerjasama dengan GPS iaitu sukarelawan IPT di bawah KPDN yang ditugaskan untuk menasihatkan peniaga bazar Ramadan di seluruh negara agar tidak membazir dan mengumpulkan makanan yang tidak terjual untuk diagihkan kepada golongan susah.
“Selain menyelamatkan makanan yang masih elok, kita juga membuat kompos daripada sisa makanan dengan mesin kompos disediakan SWCorp yang boleh menghasilkan baja dalam tempoh 48 jam menggunakan bahan enzim,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melakukan tinjauan mesra dan pelancaran Program MySaveFood 2024 peringkat negeri Pahang di bazar Ramadan RAHMAH Mahkota Square di sini hari ini.
Fuziah berkata, sebanyak 25,000kg makanan berjaya dikumpulkan semasa projek rintis MySaveFood pada Ramadan tahun lepas dan kali ini ia dijangka akan meningkat dengan penyertaan lebih ramai sukarelawan dalam pengumpulan lebihan makanan di bazar Ramadan.
Mengulas mengenai Ops Pantau yang dilaksanakan sejak 12 Mac lalu sehingga semalam di Pahang, Fuziah berkata sebanyak 3,239 premis telah diperiksa dengan 13 kes kesalahan tidak meletakkan tanda harga dan lapan menggunakan alat timbang sukat yang tidak ditentusahkan.
“Kita tidak menjumpai harga makanan yang melampau seperti burger berharga RM30 atau RM40 seperti ditularkan. Mungkin mereka sempat mengubahnya sebelum pegawai penguat kuasa KPDN turun melakukan pemeriksaan,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Abby Abadi bidas Safee Sali?
- Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM
- Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam
- Suara halus jawab salam dari kubur (Video)
- Kak KM trauma kena rompak, nak pasang ‘bodyguard’
- Neelofa ditemui selamat
- ‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’
- Logik ke TPM tak tahu?
- Datuk Red sampai kena cari kerja
- Cadangan Tangau Langau suruh Akmal desak China mohon maaf dianggap dungu
- Tiada bonus raya bagi penjawat awam Kelantan
- Maaf boleh, lupakan ‘sorry’ – Mimi Lana
- PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat
- Pembantu rumah dakwa lari sebab dipukul anak Zarina Zainuddin
- Dakwaan salah laku seks guru wanita, polis rakam keterangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET