Guru bahasa Arab cabul murid dalam perpustakaan diarah bela diri

Guru bahasa Arab cabul murid dalam perpustakaan diarah bela diri

Muar: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengarahkan seorang guru membela diri atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap muridnya dalam perpustakaan di sebuah sekolah rendah di Panchor, Pagoh, lima tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Ahnaf Ariq Shairul Bazri, 33.

Mahkamah kemudian menetapkan 12 dan 13 Mei serta 6 Jun ini untuk tertuduh membuat pembelaan.

Dalam penghakiman itu, mahkamah memberitahu, keputusan mengarahkan tertuduh membela diri dibuat dengan mengambil kira keterangan mangsa selaku saksi pendakwaan (SP) pertama yang boleh dipercayai.

“Selain itu, mahkamah juga mengambil kira keterangan sokongan dua rakan yang juga SP3 dan SP4.

“Mahkamah berpuas hati dan wujud prima facie seperti mana pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh. Keterangan mangsa dan rakan sangat kredibiliti dan tidak ada sebab untuk berbohong atau mereka-reka cerita.

“Selepas meneliti semua keterangan ini, mahkamah memutuskan kamu (tertuduh) diarah membela diri,” katanya.

Ahnaf Ariq yang juga bahasa Arab dan sudah berkahwin didakwa melakukan amang seksual terhadap muridnya yang ketika itu berusia lapan tahun di perpustakaan sekolah terbabit, antara jam 10.20 hingga 11.20 pagi, 3 Oktober 2019.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Fizikal Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, dan boleh dihukum mengikut seksyen sama dan dibaca bersama Seksyen 16 (a) akta sama.

Tertuduh juga bakal berdepan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga hukuman sebat, manakala Seksyen 16 (1) memperuntukkan hukuman pemenjaraan tidak melebihi lima tahun dan hendaklah dihukum sebatan tidak kurang dua kali.

Prosiding hari ini menyaksikan pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh diwakili Farid Aziz. HM

Guru bahasa Arab cabul murid dalam perpustakaan diarah bela diri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker