Isteri pewaris takhta Britain Kate Middleton mengidap kanser

Puteri Wales, Kate Middleton, 42, mengumumkan menghidap kanser selepas menjalani pembedahan di bahagian perut, Januari lalu.

Isteri pewaris takhta Britain, Putera William itu kini sedang menjalani peringkat awal kemoterapi.

Menyifatkan berita itu sebagai kejutan besar, beliau mahu dirinya diberikan ruang, masa dan privasi bagi menyelesaikan baki rawatan yang perlu dilalui.



Bagaimanapun, ibu tiga anak ini tidak mendedahkan jenis kanser yang dihidapi, namun memberitahu dirinya dalam keadaan baik serta sentiasa kuat setiap hari.

Kate juga memaklumkan terpaksa mengambil masa untuk menerangkan situasi sebenar dan menyakinkan anaknya, Putera George, 10; Puteri Charlotte, 8, dan Putera Louis, 5, mengenai kondisi dirinya.

Beliau membuat pengumuman itu, dua bulan selepas mengasingkan diri daripada khalayak.

Berita itu diumumkan selepas Raja Charles III juga menjalani rawatan penyakit kanser yang tidak didedahkan secara terperinci.-BBC



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker