‘Susah untuk mendaftar’, Perak mahu tempoh daftar PADU dilanjutkan
KAMPAR – Kerajaan Perak mencadangkan supaya tempoh pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilanjutkan bagi memberi peluang kepada 1.8 juta penduduk di negeri itu.
Exco Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, seramai 590,000 penduduk setakat ini telah berdaftar di bawah sistem dikendalikan oleh Kementerian Ekonomi yang akan berakhir 31 Mac ini.
“Masih ada lagi masyarakat yang agak susah untuk mendaftar, jadi saya harap pihak kerajaan Persekutuan melanjutkan tempoh untuk proses ini berlangsung secara menyeluruh.
“Kita berusaha sedaya upaya namun beberapa faktor perlu diambil kira termasuk kekangan dari sudut tenaga kerja dalam membantu rakyat mendaftar selain kekangan dari sudut jaringan telekomunikasi terutama kawasan pedalaman,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih Ramadan dan Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Kampung Changkat Belulang dekat Malim Nawar pada Jumaat.
Mohd Azlan Helmi berkata, penghargaan diberikan kepada semua pihak yang membantu menyebar kepentingan PADU.
“Pada awal pelancaran kita nampak agak perlahan namun menuju ke hari-hari terakhir ini pendaftarannya mula meningkat dan menunjukkan perubahan.
“Saya nampak kesedaran bertambah baik namun mungkin ada kekangan
“Tapi itulah cabaran dan semua pihak yang terlibat terus bergerak memainkan peranan dalam membuat hebahan serta memberi penerangan kepada rakyat,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
- King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
- Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA
- Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri
- Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)
- Ustazah Nurul maut kereta rempuh tiang elektrik
- Kualiti makanan Bazar Ramadan makin teruk?
- Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang
- Hinalah, kami ibu bapanya sampai liang lahad – ibu Aliff Aziz
- Penyamun maut dilanggar kereta mangsa
- Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal
- Kalau dah ganggu jemaah lain , elok jangan dibawa ke masjid – Dr Zulkifli
- Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
- Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta
- Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar