Prestasi seksual lelaki meningkat selepas makan cicak
Seorang lelaki Thailand menemui ubat alternatif bagi menyembuhkan mati pucuk dan meningkatkan prestasi seksual hanya dengan memakan cicak, lapor Thaiger.
Lelaki tersebut, Sommai, 59, menganggap reptilia itu mampu meningkatkan prestasi seksual selepas memakannya dalam tempoh tiga jam.
Perkara itu didedahkan oleh anggota keluarga Sommai ketika dia yang tinggal di wilayah tengah Chantaburi melawat mereka di wilayah timur Trat baru-baru ini.
Semasa mereka berkumpul, Sommai melakukan tindakan mengejutnya apabila tiba-tiba menangkap cicak di dinding dan memakan haiwan itu hidup-hidup.
Tindakan Sommai itu akhirnya dapat dihidu wartawan yang kemudian menemu bualnya mengenai cita rasa peliknya itu.
Semasa ditemu bual, Sommai mendedahkan bahawa datuk dan neneknya telah memakan cicak sejak dia masih kecil.
Mereka memberitahunya bahawa cicak boleh meningkatkan prestasi seksual dan dia percaya petua itu adalah benar serta mengamalkannya sehingga hari ini.
Dia merasakan stamina seksualnya meningkat selepas memakan reptilia kecil itu.
Tambahnya, cicak itu ‘bersih’ kerana ia hanya memakan serangga kecil.
Tetapi dia mengesyorkan supaya mereka perlu membersihkan haiwan itu terlebih dahulu sebelum makan.
Semasa temu bual, Sommai menunjukkan cara makan cicak di hadapan kamera.
Sebelum itu, dia membersihkan reptilia dengan air soda dan memakannya semasa ia masih hidup.
Sommai menambah bahawa ini adalah kepercayaan peribadinya dan dia sangat yakin dengan kebaikan selepas memakan cicak.
Sebelum ini, seorang lelaki Thailand berusia 74 tahun menjadi tajuk utama akhbar pada 2013 kerana memakan cicak.
Lelaki itu mendedahkan bahawa dia telah memakan reptilia itu selama 12 tahun dan mendapati ia membantunya kekal sihat. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
- King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
- Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA
- Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri
- Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)
- Ustazah Nurul maut kereta rempuh tiang elektrik
- Kualiti makanan Bazar Ramadan makin teruk?
- Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang
- Hinalah, kami ibu bapanya sampai liang lahad – ibu Aliff Aziz
- Penyamun maut dilanggar kereta mangsa
- Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal
- Kalau dah ganggu jemaah lain , elok jangan dibawa ke masjid – Dr Zulkifli
- Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
- Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta
- Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar
You must be logged in to post a comment.