Peniaga jangan tamak, kos sepinggan nasi tak lebih 40 sen

Ada peniaga jual sampai RM3.50.

Peniaga jangan tamak, kos sepinggan nasi tak lebih 40 sen

Sepinggan nasi kosong dianggarkan hanya menelan kos 38 sen, namun di aplikasi penghantaran makanan, ia dijual pada harga RM3.50 atau hampir 300 peratus lebih mahal.

Mendedahkan demikian, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood, berkata beliau memeriksa harga sepinggan nasi kosong pagi tadi di aplikasi Grab.



Mengambil kira harga 10 kilogram beras tempatan ialah RM38, katanya, peniaga boleh menghidangkan kira-kira 100 pinggan nasi untuk pelanggan.

“Maknanya, sepinggan nasi jatuh pada harga kos sebanyak 38 sen saja, tetapi pagi ini saya periksa harga nasi kosong di aplikasi Grab, ia berharga RM3.50 iaitu naik hampir 300 peratus,” katanya.

Pendedahan beliau ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di RTM pagi tadi, menyusul selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam turut membangkitkan isu kenaikan harga makanan.

“Saya lihat ada rakan komen, harga beras turun, harga gula terkawal, harga ayam turun ketimbang dua tiga tahun lalu, tapi harga makanan naik,” tegas Perdana Menteri dan mengarahkan pemantauan serta penguatkuasaan dipertingkatkan.



Azman mengingatkan peniaga tidak mengambil peluang menaikkan harga nasi kosong terlampau tinggi memandangkan harga kos sepinggan nasi tidak melebihi 40 sen.

“Janganlah ambil peluang, peniaga juga perlu prihatin kerana kerajaan juga sudah berkorban, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS), pemborong, peruncit dan semua pihak dalam sektor ini sudah berkorban dengan menurunkan harga.

“Harap peniaga tidak naikkan harga nasi kosong sampai 300 peratus daripada kos bahan mentah yang ada sekarang ini,” katanya. BH

Peniaga jangan tamak, kos sepinggan nasi tak lebih 40 sen



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker