Dipenjara 6 bulan, denda RM12,000 kerana perolok isu stoking

Chiok Wai Loong mengaku salah.

Dipenjara 6 bulan, denda RM12,000 kerana perolok isu stoking

Seorang lelaki 35 tahun dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 susulan komennya yang memperolok kontroversi jualan stoking bertulis kalimah Allah.

Keputusan itu disampaikan oleh hakim Suzana Hussin selepas Chiok Wai Loong mengaku bersalah dalam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Chiok yang tidak diwakili peguam mengaku membuat komen itu di Facebook, memohon maaf tetapi menjelaskan dia tidak bermaksud menghina agama lain.

“Saya komen macam keyboard warrior (jaguh siber). Bukan sengaja. Macam hobi (jadi jaguh siber), bukan sengaja hina. Hobi saja.

“Saya tak tahu agama orang lain sangat sensitif.

“Kami orang Cina ada rantai kaki dan tangan serta tatu dewa di pelbagai bahagian badan. Ingat hanya kecil punya hal.

“Saya tidak tahu perkataan ini boleh jadi menghina,” kata juruteknik aplikasi sosial itu dengan sebak.

Dia memohon hukuman terhadapnya diringankan kerana bimbang hilang kerja dan pada masa sama menjaga ibunya yang berumur 63 tahun.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh memohon hukuman keras kerana tindakannya tidak sensitif terhadap umat Islam.

Katanya, 24 laporan polis oleh pelbagai pihak terhadap Chiok menunjukkan perkara itu serius dan memberi kesan kepada banyak pihak.

“Sebagaimana rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, rasa hormat tidak boleh sama sekali diketepikan,” katanya.

Chiok, dari Cheras, Kuala Lumpur, ditangkap polis pada 20 Mac.

Dia sebelum ini telah membuat permohonan maaf terbuka setelah mendapat ‘nasihat’ beberapa lelaki dipercayai anggota kumpulan silat.

Dia juga menjadi mangsa dedah maya oleh pihak tidak berpuas hati yang berkongsi maklumat peribadinya di alam maya.

Chiok pada 18 Mac menulis di Facebook bahawa stoking bertulis kalimah Allah itu harus dialu-alukan kerana ia akan melindungi pemakainya dari kepala ke kaki.

Dia juga memuat naik gambar stoking yang mempunyai gambar mukanya atas alasan untuk menghina dirinya sendiri.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, seorang mualaf dikenakan hukuman lebih berat dengan komennya berkaitan isu stoking itu.

Dia dipenjara enam bulan,sama seperti Chiok tetapi didenda RM15,000, iaitu RM3,000 lebih tinggi.

Ricky Shane Cagampang semalam mengaku bersalah atas pertuduhan bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia. Mk

Dipenjara 6 bulan, denda RM12,000 kerana perolok isu stoking

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker