ADUN DAP Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia
ADUN DAP Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu, Selangor, Lee Kee Hiong meninggal dunia pagi tadi.
Pemergian ADUN DAP itu dimaklumkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menerusi Facebook pagi tadi.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pula dalam kenyataan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga mendiang.
Kee Hiong, 58, telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di Kuala Kubu Baharu sejak tahun 2013.
Katanya, pemergian ADUN itu adalah kehilangan besar kepada pelbagai pihak dan pasti dirasai terutamanya oleh penduduk Kuala Kubu Baharu yang sudah lama diwakili dan dibantu Kee Hiong sejak sebelum dia menjadi wakil rakyat.
“Mewakili Kerajaan Perpaduan Negeri Selangor, saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Puan Lee Kee Hiong, serta seluruh sahabat dan anggota dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang kehilangan tokoh berpengalaman.
“Semoga mereka diberikan kekuatan mengharungi detik mencabar ini,” katanya dalam kenyataan itu.
Pada PRN Ogos tahun lalu, Kee Hiong menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.
Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi.
Nie Ching dalam kenyataannya berkata, Kee Hiong akhirnya pergi dan tidak perlu lagi merasa kesakitan dan penderitaan.
Beliau bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai penyakit dihadapi mendiang.
Nie Ching turut menzahirkan penghargaan atas kerja keras Kee Hiong selama ini.
“Akhirnya masa untuk mengucapkan selamat tinggal. 16 Mac lalu ialah hari lahir anda yang ke-58 dan kini anda berada di negeri yang bebas penyakit,” katanya.
Sementara itu di Hulu Selangor, Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Dr N Sathia Prakash menerusi Facebook berkata Kee Hiong bukan nama asing bagi masyarakat di Hulu Selangor.
“Keazaman dan kehebatan beliau sewaktu membantu kami semasa Pilihan Raya Umum (PRU ) yang lalu sangat kami hargai,” katanya. BH
ADUN DAP Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong meninggal dunia
Baca Artikel Menarik:
- Stimbot meletup, tujuh beranak menggelupur tubuh badan melecur
- King Sing tidak ada hak desak UMNO tekan Akmal
- Akmal pertahankan hak Islam bukan main politik – KIMMA
- Disiplinkan anak sebelum bawa berjemaah di masjid – Fedtri
- Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)
- Ustazah Nurul maut kereta rempuh tiang elektrik
- Kualiti makanan Bazar Ramadan makin teruk?
- Pembekal stoking minta maaf lagi, naikkan kain rentang
- Hinalah, kami ibu bapanya sampai liang lahad – ibu Aliff Aziz
- Penyamun maut dilanggar kereta mangsa
- Saya tak perlu persetujuan DAP untuk pertahankan Islam – Dr Akmal
- Kalau dah ganggu jemaah lain , elok jangan dibawa ke masjid – Dr Zulkifli
- Solat tarawih hanya membaca al-Fatihah?
- Kecewa dengan kerajaan, Jasmine Suraya jual kereta
- Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.