Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
Kes rasuah dan pecah amanah mantan perdana menteri kesembilan, Ismail Sabri Yaakub, kini menjadi berita terhangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia.
Penemuan duit tunai yang bernilai RM170 dari pelbagai matawang serta 16kg jongkong emas yang bernilai lebih RM7 juta, benar-benar menggemparkan.
Itu tidak termasuk dengan pelbagai barang kemas yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit.
Kesemua barangan tersebut telah dijumpai dalam serbuan SPRM ke 3 buah safehouse yang berasingan.
Dipercayai lokasi ketiga-tiga safehouse tersebut telah didedahkan oleh salah seorang dari empat bekas pegawai kanan Ismail Sabri di era Keluarga Malaysia.
SPRM juga membekukan 13 akaun bank yang mengandungi lebih RM2 juta sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap Ismail Sabri.
Apa yang menarik perhatian penulis adalah ada usaha dari beberapa pihak dari Ismail Sabri yang cuba mengheret UMNO dalam kes tersebut.
Kesemua duit tunai dan juga barangan berharga itu didakwa untuk digunakan UMNO dalam kempen PRU 15 dan juga pilihanraya kecil.
Adalah sangat malang apabila seorang mantan perdana menteri dan juga naib presiden UMNO tergamak memberikan alasan sebegitu semata-mata untuk menyelamatkan diri.
Penulis tidak nampak di mana rasionalnya alasan yang diberikan.
Sekiranya benar ianya untuk perbelanjaan kempen pilihanraya, mengapakah wang tersebut hanya diketahui oleh orang yang rapat dengan Ismail Sabri?
Mengapakah kepimpinan tertinggi UMNO tidak tahu langsung mengenai kewujudan wang tersebut?
Dalam kempen pilihanraya, parti yang bertanding memerlukan duit tunai dan bukannya jongkong emas atau barangan kemas.
Bagi penulis, kalau pun benar duit tunai itu adalah untuk tujuan politik, ianya bukanlah untuk digunakan oleh UMNO.
Tetapi mungkin ianya sebagai simpanan untuk kempen Ismail Sabri merebut jawatan presiden UMNO dalam pemilihan parti yang akan datang.
Atau pun ianya mungkin untuk digunakan sebagai perbelanjaan menubuhkan kerajaan tebuk atap.
Ismail Sabri Cuba Mengheret UMNO Dalam Kes RM170 Juta
Di Syorkan Untuk Anda:
- Kenapa Mahathir Bela Ismail Sabri Dalam Kes RM170 Juta
- Mahathir Tidak Layak Bercakap Tentang Kuasa Politik Melayu
- SPRM Akan Panggil Semula Ismail Sabri Berkaitan Kes AMLA
You must be logged in to post a comment.