Kilang edar stoking kalimah Allah tutup operasi sementara

Kilang edar stoking kalimah Allah tutup operasi sementara

BATU PAHAT – Kilang yang didakwa mengedar stoking tertera kalimah Allah di kawasan perindustrian Sri Gading di sini menutup operasinya hari ini.

Penutupan kilang itu dilakukan sehari selepas pihak pengurusan mengeluarkan kenyataan terhadap kebimbangan mengenai kebocoran data peribadi pegawai di syarikatnya serta ancaman mahu membakar premis itu.



Notis penutupan itu dimaklumkan menerusi memo yang ditampal di pintu utama tanpa memaklumkan bila pengoperasian semula syarikat itu akan disambung.

Tinjauan di lokasi mendapati, kilang yang terbabit dalam aktiviti bungkusan dan pengedaran sunyi sepi akibat penutupan dalam satu tempoh yang akan diumumkan kelak.

Pada masa sama, terdapat satu kain rentang digantung pagar utama kilang terbabit yang tertera permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas kejadian berkaitan stoking memaparkan tulisan Allah yang ditemukan di kedai serbaneka KK Super Mart di Bandar Sunway, Selangor, baru-baru ini.

“Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian itu hingga menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat,” tulisnya di kain rentang terbabit.



Dalam permohonan maaf itu, pihak pengurusan menyenaraikan tiga perkara utama antaranya berjanji atas komitmen untuk sentiasa menjaga sensitiviti masyarakat berbilang agama, memelihara keharmonian dan meningkatkan usaha kawalan kualiti. K Online

Kilang edar stoking kalimah Allah tutup operasi sementara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker