Buat kacau di masjid, wanita didakwa di mahkamah
Buat kacau di masjid, wanita didakwa di mahkamah
GEORGE TOWN: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, minggu lalu.
Sofiah Abdul Majid, 65, didakwa melakukan perbuatan itu di Masjid Jamek Ar-Rahman pada 10 malam 12 Mac lalu, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyifatkan bacaan imam dan bilal Masjid Jamek Ar-Rahman seperti “menyalak” dan membayangkan mereka “dirasuk hantu Cina atau Hindu”.
Ketika pendengaran pengakuannya, dia yang tidak diwakili peguam, melalui penterjemah berkata: “Semuanya bohong. Saya tidak faham pembohongan. Saya tidak setuju dengan pertuduhan itu. Bukan itu yang saya katakan, ia adalah rekaan.”
Majistret Nadratun Naim Saidi memerintahkan Sofiah menjalani pemerhatian di Hospital Ulu Kinta selama sebulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 April ini.
Minggu lalu, beberapa video tular menunjukkan seorang wanita memasuki ruang solat lelaki di masjid dan memberitahu seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal serta imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan. FMT
Buat kacau di masjid, wanita didakwa di mahkamah
Baca Artikel Menarik:
- Kenyataan Marissa cetus tanda tanya
- Dah kenapa saya nak tangkap Ruhainies, soal Bella
- Anwar bertatu namun penuh insaf, tunai umrah di bulan Ramadhan
- Terlalu banyak kesakitan yang dilakukan terhadap orang Islam – Liyana Jasmay
- Demam nak raya sampai pasang lampu raya dekat kereta (Video)
- Zarina muhasabah diri digam stesen TV
- Belum cerai, ibu Aliff Aziz sudah ‘unfollow’ IG Bella
- Wanita dakwa suara bilal ganggu kejiranan, masjid buat laporan polis
- Isu Marissa Kahwin lari, Norman Hakim tegur Abby Abadi kerana kongsi aib keluarga
- Ahli keluarga Ayah Pin kembali berkumpul, polis pantau rapat usaha hidupkan ‘Kerajaan Langit’
- Zahid dakwa MN runtuh kerana sikap hipokrit PAS, Fadhli Shaari sentap
- Wanita beri donat juadah berbuka kepada jiran sebelum kelar bayi hingga mati
- Boikot restoren atau gerai yang caj RM2 pengunjung tak pesan minuman
- Wan Saiful buat hal lagi
- Stoking kalimah Allah, KK Mart melampau, ‘mohon maaf semudah itu sahaja’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023
You must be logged in to post a comment.