Vendor KK Mart sedia ambil tindakan terhadap pembekal China

Vendor KK Mart sedia ambil tindakan terhadap pembekal China

Xin Jian Chang Sdn Bhd, sedang mempertimbang mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal dari China berhubung stoking tertera kalimah Allah yang dibekalkan kepada KK Mart.

Syarikat yang berpangkalan di Johor itu berkata, pihaknya telah menghubungi pembekal berkaitan dan dimaklumkan bahawa stoking yang mencetuskan kontroversi itu termasuk dalam stok yang dibekalkan secara tidak sengaja.

“Kami kini sedang mencari nasihat undang-undang untuk meneroka tindakan undang-undang yang mungkin terhadap pembekal atas kelalaian mereka dalam menangani pesanan kami,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati stoking itu adalah sebahagian daripada stok yang lebih besar, sebanyak 18,800 pasang, yang dipesan daripada sebuah syarikat di Wilayah Zhejiang, China.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Vendor KK Mart sedia ambil tindakan terhadap pembekal China

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker