Pengarah Emraz tak mengaku salah lagi

Pengarah Emraz tak mengaku salah lagi

JOHOR BAHRU: Pengarah dan syarikat pengendali pakej umrah, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang berjumlah RM131,890 kepada lapan mangsa.

Pengarah Emraz Travel & Tours Sdn Bhd, Datuk Zulkarnain Endut, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Seorang lagi pengarah syarikat itu, Datin Mazuin Mustafa, 43, yang juga isteri kepada Zulkarnain, turut berdepan pertuduhan sama, namun tidak hadir kerana cuti sakit.

Mengikut pertuduhan, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat dengan Zulkarnain, selaku orang kena saman (OKS) berdepan pertuduhan gagal mematuhi award TTPM kepada lapan mangsa di negeri ini.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat TTPM di Menara Ansar, Johor Bahru di sini, antara 24 Julai 2023 hingga 10 Januari lalu.

Zulkarnain didakwa mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diketuai Mohd Sophian Zakaria, Suhana Mohd dan Shafiq Mahadi, manakala tertuduh diwakili Datuk Hanif Hassan.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan memohon jaminan RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

“Ini adalah kes kepentingan awam membabitkan lapan mangsa, majoriti mangsa juga adalah warga emas.

“Mereka menggunakan wang simpanan ke tanah suci, ada juga yang menggunakan wang peninggalan arwah suami. Bayaran dibuat oleh semua mangsa sejak Februari tahun lalu dan sepatutnya mereka menunaikan ibadah umrah pada Mac tahun lalu.

“Sebelum ini, OKS juga didakwa di Mahkamah Putrajaya atas 63 pertuduhan, seterusnya Mahkamah Majistret Kota Bahru atas 51 pertuduhan dan Mahkamah Majistret Seremban, 51 pertuduhan,” katanya.

Bagaimanapun, peguam Datuk Hanif Hassan, memohon jaminan tidak bercagar dikenakan terhadap OKS memandangkan tiada pendapatan diperoleh OKS sejak akhir-akhir ini.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 kepada OKS dan memerintahkan hadir melapor diri setiap bulan di pejabat KPDN Putrajaya.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 22 April depan bagi serahan dokumen dan pendakwaan terhadap seorang lagi pengarah syarikat yang bercuti sakit. BH

Pengarah Emraz tak mengaku salah lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker