Cadangan ‘mundur’ pindaan perlembagaan Kerajaan Madani dikritik Badan Peguam

Badan Peguam Malaysia membidas Putrajaya, menyifatkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan peruntukan kewarganegaraan itu sebagai langkah ‘mundur’.

Presiden Badan Peguam yang baru dipilih, Ezri Abdul Wahab berkata usul mengenai perkara itu telah diluluskan sebulat suara dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-78 hari ini.

Bercakap pada sidang media selepas AGM, Ezri berkata cadangan pindaan kontroversi itu akan membentuk penghakisan hak yang membimbangkan dan menimbulkan ancaman kepada segmen masyarakat tanpa kerakyatan yang sudah pun rentan.



“Pihak Badan Peguam akan menubuhkan jawatankuasa khas (untuk memantau isu-isu orang) tanpa kerakyatan,” katanya ringkas selepas AGM di Menara Kembar Bank Rakyat hari ini.

Sementara itu, naib presiden Badan Peguam yang baru dipilih B Anand Raj pula berkata pihaknya akan mengambil bahagian dalam semua prosiding mahkamah yang diperlukan bertujuan untuk menghapuskan legasi “memalukan” terhadap orang tanpa kerakyatan di Malaysia.

“Usul itu cukup jelas. Kami sentiasa, selepas AGM, menghantar resolusi kepada kerajaan.

“Cabaran di mahkamah, jika perlu, akan menyusul kemudian,” katanya kepada pemberita hari ini.



Ditanya jika Badan Peguam telah membentangkan pandangannya mengenai perkara itu, Anand menjelaskan organisasi pengamal undnag-undang itu sentiasa memberikan pandangan kepada kerajaan dan terdapat banyak kes mahkamah berkaitan orang tanpa kerakyatan.

Bantu kanak-kanak tanpa kerakyatan

“Kita akan lihat mana yang perlu kita terlibat.

“Kami juga telah terlibat dalam beberapa kes ini sebagai pemerhati dan sebagai amicus curiae (rakan mahkamah) dan kami akan terus melakukan itu sebagai tambahan kepada pelaksanaan usul ini, yang telah diluluskan,” kata Anand.



Sementara itu, Badan Peguam menyeru kerajaan menubuhkan Pejabat Ombudsman bebas untuk menyiasat mana-mana kanak-kanak yang tidak mempunyai kewarganegaraan dan memastikan mereka tidak kekal tanpa kerakyatan dan mempercepatkan permohonan kewarganegaraan sehingga tidak melebihi sembilan bulan.

“Badan Peguam Malaysia juga menuntut kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dalam laluan memohon kewarganegaraan; memasukkan garis masa am untuk proses tersebut; mengedarkan maklumat yang lebih baik dan lebih tepat mengenai laluan mendapatkan kerakyatan dan untuk penambahbaikan keseluruhan proses permohonan kewarganegaraan.

“Atau lantik ketua pesuruhjaya bagi orang tanpa kerakyatan dalam Suhakam melalui pindaan yang perlu kepada Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 untuk menjalankan fungsi yang disebutkan di atas.

“Sebelum ini, seorang ketua pesuruhjaya kanak-kanak dan dua pesuruhjaya kanak-kanak dilantik untuk menangani perkara hak asasi manusia yang berkaitan dengan kanak-kanak,” kata badan profesion peguam itu.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini

Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka



Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida

Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker