All England: Lee Zii Jia ‘ke laut’

Kecemerlangan pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia pada Kejohanan Badminton Seluruh England terhenti apabila tewas kepada Lakshya Sen dari India di peringkat suku akhir.

Dalam perlawanan berlangsung tempoh lebih sejam di Utilita Arena, Birmingham itu, Laksha menundukkan Zii Jia dengan kiraan mata 22-20, 16-21, 19-21, lapor Kosmo.

Mahu meneruskan momentum selepas menewaskan bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew sebelum ini, pemain negara itu menampilkan aksi cemerlang pada set pertama dengan meraih kemenangan 22-20.



Namun Lakshya yang berada di kedudukan nombor 18 dunia bangkit pada set kedua dan menang 21-16 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan yang menyaksikannya melengkapkan kebangkitan dengan kiraan 21-19.

Untuk rekod, ini adalah kekalahan keempat Zii Jia kepada Lakshya dalam lima perlawanan dengan pertemuan terakhir pada Terbuka Indonesia Jun tahun lalu turut memihak kepada pemain India berkenaan.

Kekalahan Zii Jia itu menyaksikannya terpaksa menunggu lebih lama untuk kembali merampas kejuaraan yang pernah dimenanginya ketika menjadi juara Seluruh England pada edisi 2021.

Lakshya bakal berentap dengan pemain Indonesia Jonatan Christie pada separuh akhir.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kasihan Bella, saat ‘birthday’ dapat hadiah macam ini



Ruhainies nak ‘cover’ ke, siap kongsi 4 golongan haram disentuh api neraka

Zaman saya artis macam ini diboikot 4 tahun – A Aida



Bapa ‘pening’ hantar anak ke sekolah lain



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker