Kelab bolasepak Indonesia gunakan nama Israel FC

Kelab bolasepak Indonesia gunakan nama Israel FC

Salah sebuah kelab bola sepak di Indonesia ini mendapat perhatian apabila menggunakan nama Israel FC sebagai nama rasmi pasukan.

Pasukan tersebut diperkuatkan oleh beberapa bekas pemain yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Indonesia seperti Titus Bonai dan Todd Rivaldo Ferre.

Selain menggunakan nama Israel, pasukan itu juga menggunakan jersi yang mengambil inspirasi bendera negara itu iaitu biru dan putih dan menggunakan logo bintang David di bahagian tengah jersi.

Kewujudan kelab tersebut lantas memicu konflik dengan peminat bola sepak Indonesia yang rata-ratanya beragama Islam dimana mereka mengecam tindakan kelab itu yang dianggap tidak menjaga sensitiviti selain menyokong kekejaman yang dilakukan rejim zionis terhadap rakyat Palestine.

Peminat bola sepak Indonesia turut menyerang laman Instagram Titus dan Rivaldo dimana mereka mengecam dua pemain ini yang seolah-olah memberikan sokongan kepada rejim zionis.

Bella Astillah minta cerai

Kedua-dua pemain kemudiannya memadam semua gambar yang menunjukkan mereka bermain dengan kelab tersebut.

Menurut laporan media tempatan, Israel FC bertanding dalam sebuah kejohanan di Papua dan berjaya mara ke perlawanan akhir dimana pasukan itu akan turun menentang Black Steel Papua.

Perang antara Israel dan Hamas masih berterusan sehingga hari ini dimana puluhan ribu mangsa yang kebanyakannya rakyat Palestine menjadi mangsa dan kehilangan tempat tinggal.

Pelbagai usaha dilakukan bagi menghentikan serangan yang dilakukan namun rejim zionis tetap dengan pendirian mereka yang mahu terus berperang. Vc

Kelab bolasepak Indonesia gunakan nama Israel FC

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kalau suami orang menggatal, aku maki terus – Puteri Balqis

Tangkap basah sebab ‘marketing’ drama?

Bukan tangkap basah – Ruhainies

Netizen serang IG Risteena

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker