Kasihan Bella, asyik dicurangi

Kasihan Bella, asyik dicurangi

Meski suaminya, Aliff Aziz serta pelakon Ruhainies menyatakan bakal memberikan kenyataan berhubung kes khalwat, penyanyi dan pelakon Bella Astillah sehingga kini masih mengunci mulut.

Namun situasi getir dilalui ibu kepada dua cahaya mata itu terus meraih sokongan peminat dan rakan artis yang rata-rata memintanya mencari kebahagiaan sendiri.



Antara selebriti yang meninggalkan kata-kata semangat dalam ruangan komen Instagramnya terdiri daripada Ellie Suriaty, Azza Elite, Aishah Ilias, Catriona Ross, Eina Azman dan Elly Mazlein.

“Bella, saya berada dalam jangkauan awak. Sayang Bella sangat-sangat,” kata Ellie Suriaty.

“Sabarlah adikku. Semoga syurga untuk awak. Amin,” ujar Aishah Ilias.

“Pelukan untuk awak Bella sayang. Allah sangat sayangkan awak,” tulis Azza Elite.



Masing-masing sepakat dengan peminat yang enggan lagi melihat pemilik nama lengkap Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, itu terseksa berulang kali dicurangi suami.

“Bella, bukan sekali dua. Cukuplah, ini masanya untuk awak cari kebahagiaan sendiri,” kata peminat.

“Berkali-kali Allah tunjuk kerana Dia tahu Aliff bukan jodoh terbaik awak. Buatlah keputusan sendiri demi anak-anak,” ujar pengikut.

“Harap kali ini Bella tidak pertahankan suami awak. Cukup-cukuplah dengan apa yang dia lakukan kepada awak,” tulis netizen.



Terdahulu, media melaporkan tangkapan dibuat Jawi adalah berdasarkan maklumat orang awam yang mendakwa sudah beberapa kali melihat Aliff memasuki kediaman mewah pelakon Ruhainies.

Menurut laporan, agensi berkenaan memulakan operasi pada pukul 10.30 malam dan mengetuk pintu rumah serta menunggu hampir tiga jam.

Pihak Jawi juga terpaksa meminta bantuan bomba, namun Aliff akhirnya akur selepas dimaklumkan pintu rumah tersebut akan dipecahkan jika mereka tidak memberi kerjasama.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.



Pasangan sensasi terbabit dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3. K Online

Kasihan Bella, asyik dicurangi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?



Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker