Tindakan influencer di Kaabah aibkan jemaah Malaysia

Influencer tersebut membuat video mencium Hajar Aswad.

Tindakan influencer di Kaabah aibkan jemaah Malaysia

Umat Islam boleh mendoakan keburukan terhadap individu atau perniagaan yang dilihat menyalahgunakan masjid atau surau untuk tujuan keuntungan, khususnya di Masjidil Haram.

Pensyarah kanan Jabatan al-Quran dan Sunnah Universiti Islam Antarabangsa, Abu Hafiz Salleh Huddin, berkata tindakan tersebut dinyatakan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW.

Memetik hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, ahli akademik terbabit berkata, pada suatu ketika nabi berpesan kepada sahabat agar berkata: “Allah tidak akan menguntungkan perniagaan kamu” jika ternampak sesiapa yang melakukan urusan perniagaan dalam masjid.

Selain itu, dia yang juga penasihat khas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata baginda juga pernah menegah Sayidina Umar al-Khattab daripada berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad sehingga menyusahkan jemaah lain.

“Kalau kita lihat dari konteks zaman, pada era itu bilangan pengunjung haji tidaklah seramai bilangan jemaah pada hari ini, namun baginda tetap tegas menghalang sahabat daripada bersesak untuk mencium Hajar Aswad sehingga menyakiti orang lain,” katanya.

Terdahulu tular aksi seorang pempengaruh yang bersesak-sesak untuk memberi laluan kepada sekumpulan individu – termasuk wanita – mencium Hajar Aswad.

Pada satu ketika rakaman video itu menunjukkan keadaan agak tegang apabila berlaku tolak-menolak. Beberapa individu termasuk wanita juga kelihatan seperti sesak nafas dan cemas.

Bahagian atas tubuh pempengaruh dan ahli perniagaan bahan kosmetik itu juga kelihatan apabila kain ihram yang dipakainya untuk menutup badan terlondeh.

Selepas video berkenaan tular, orang ramai menyatakan rasa kurang senang dengan perbuatan tersebut. Tambahan pula tindakan mencium Hajar Aswad hanya sunat.

Teguran dan rasa kurang senang itu menyaksikan beberapa tokoh termasuk Abu Hafiz sendiri serta bekas menteri agama, Zulkifli Mohamad, memberikan teguran.

Tegur secara hikmah dulu

MK sudah cuba menghubungi pempengaruh terbabit serta syarikatnya untuk mendapatkan komen dan masih menunggu respon daripada mereka.

Abu Hafiz juga berkata perbuatan usahawan dan pempengaruh terbabit sebenarnya secara tidak langsung mengaibkan jemaah Malaysia di mata komuniti Muslim lain.

“Jangan sampai kerana perbuatan dia, pemerintah Arab Saudi mengenakan undang-undang yang baru bagi mengelak perkara sama berlaku,” katanya.

Sementara itu ahli psikologi dan pengasas bersama YoungMinds, Nazrul Azizi, menekankan pentingnya seseorang pempengaruh mempunyai ilmu terlebih dahulu, khususnya hukum-hakam, sebelum melakukan sesuatu.

Tanpa merujuk kepada sesiapa secara khusus, Nazrul berkata, tindakan seseorang pempengaruh membuat tindakan yang melampau memberi gambaran kepada simptom awal narsistik.

“Sebagai ahli psikologi, untuk meletakkan label kepada sesiapa perlukan diagnos secara sistematik, namun apa yang boleh saya katakan, orang seperti itu mempunyai petanda awal sebagai narsistik.

“Mereka mempunyai kecenderungan untuk memusatkan diri mereka dalam segala hal.

“Mereka terlalu percaya akan diri mereka sehingga menjadi keperluan untuk masyarakat tahu akan hal peribadi mereka serta ingin menjadi contoh teladan dalam apa cara sekalipun,” katanya.

Seorang lagi pempengaruh, Aiman Banna, mengingatkan orang ramai agar tidak membuat keputusan terburu-buru atau menghukum seseorang sebelum mengetahui perkara sebenar.

Katanya walaupun tindakan ahli perniagaan terbabit jelas salahnya, masyarakat tidak boleh bermudah-mudahan menuduh dia dahagakan populariti.

“Boleh jadi dia cuma ingin memberikan contoh betapa pentingnya kaum Hawa dilindungi oleh golongan Adam walaupun caranya salah.

“Apa yang penting kita membuat teguran secara berhikmah terlebih dahulu,” katanya.

Pada masa sama dia menasihatkan pempengaruh terbabit segera membuat permohonan maaf secara terbuka bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai. Mk

Tindakan influencer di Kaabah aibkan jemaah Malaysia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker