Panggil Anwar korup, Wan Saiful bakal digantung 6 bulan

Kerajaan berhasrat menggantung anggota parlimen Bersatu Wan Saiful Wan Jan daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan kerana mendakwa Perdana Menteri. Anwar Ibrahim menyalahgunakan kuasa.

Menurut kertas aturan urusan mesyuarat di Dewan Rakyat esok, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi akan mengemukakan usul untuk menggantung Wan Saiful (PN-Tasek Gelugor) esok.

Usul itu akan dikemukakan selepas sesi soalan jawab lisan tamat pada jam 12 tengah hari.

Wan Saiful membuat kenyataan tersebut Rabu lalu ketika membahaskan titah titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di parlimen.

Berdasarkan hansard Parlimen – Wan Saiful mengulas titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk membanteras rasuah sebelum baginda dilantik sebagai Agong pada Disember lalu.

“Korup itu maksudnya menyalahgunakan kuasa. Ampun tuanku, orang itu yang menyalahgunakan kuasa itu akan menghadap tuanku setiap minggu sebelum mesyuarat kabinet,” kata Wan Saiful.

Kenyataan itu jelas merujuk kepada Anwar selaku perdana menteri, yang mengadakan mesyuarat pra-kabinet dengan Yang di-Pertuan Agong setiap minggu.

Dakwaan itu mencetuskan kekecohan, sehingga memaksa Wan Saiful menarik balik kenyataannya atas arahan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul.

Wan Saiful berkata dia kesal dengan arahan speaker, tetapi tetap mematuhinya.

Dalam usul yang dikemukakan Zahid, seperti yang tertera dalam aturan mesyuarat, Wan Saiful juga didakwa telah menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong untuk mempengaruhi Dewan rakyat.

“Kenyataan yang dibuat Yang Berhormat Tasek Gelugor merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli Parlimen, serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

“Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat Wan Saiful Wan Jan, ahli parlimen Tasek Gelugor hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam bulan dari tarikh usul ini diluluskan,” menurutnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker