Berniaga tanpa lesen, 25 skuter elektrik dirampas dari ‘Tauke Bangladesh’ dirampas
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 25 skuter elektrik dalam serbuan di sebuah premis perniagaan yang dijalankan oleh seorang lelaki warga Bangladesh, semalam.
MBPP dalam kenyataan memaklumkan rampasan dilakukan Jabatan Pelesenan serta Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP yang menjalankan pemeriksaan terhadap perniagaan sewa skuter elektrik tanpa lesen.
“Semasa serbuan pada 11 malam itu, semakan turut mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah,” menurut kenyataan itu.
MBPP memaklumkan akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan terhadap premis menjalankan perniagaan tanpa lesen terutama kenderaan mikromobiliti bagi menjaga keselamatan orang awam.
Sebelum ini, MBPP menasihati orang awam dan pengunjung di negeri ini supaya tidak menyewa serta menaiki skuter elektrik berikutan penggunaannya di jalan raya adalah dilarang.
Penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya adalah bawah tanggungjawab sendiri dan menjadi kesalahan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Memalukan, KLIA sebagai lapangan terbang dengan perkhidmatan yang teruk
- Sultan Selangor titah Hadi tak beradab
- Orang buta dengan gajah
- Pemuda Umno desak PM pecat ‘menteri kong kali kong’
- Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim
- Paul Yong ada peluang merogol pembantu rumah dalam tempoh 30 minit – Hakim
- Bekas suami tak tergamak aniaya Sarimah – Suliza Salam
- Anak tiri Taib mahu letak TV di kubur arwah
- Caprice dedah sisi lain Mawla Amin
- Khairuddin dilantik KP J-Kom
- Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?
- 2 individu bertengkar sebelum terbakar
- King Sing ektremis, tidak tahu jaga sensitiviti rakyat beragama Islam – Dr Akmal
- Hukum faraid tidak adil?
- Bahalol, suatu naskhah dahsyat
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim
You must be logged in to post a comment.