Khairuddin dilantik KP J-Kom

Khairuddin dilantik KP J-Kom

Bekas exco Selangor Mohd Khairuddin Othman dilantik ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), menggantikan Mohammad Agus Yusoff.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Mohamad Fauzi Md Isa berkata pelantikan Khairuddin yang juga setiausaha PKR Selangor itu berkuat kuasa hari ini.

“Semoga J-Kom akan terus memperkukuh komuniti Madani yang berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik,” katanya di Facebook.

Kerusi ketua pengarah J-Kom kosong sejak November tahun lalu apabila Agus meletak jawatan dengan memberi alasan menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak.

Agus kini berdepan siasatan berkait dakwaan melakukan gangguan seksual terhadap kakitangan J-Kom, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D akta sama atas kesalahan melanggar kesopanan. FMT

Khairuddin dilantik KP J-Kom

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker