Gubal akta khas tangani derhaka terhadap Raja-Raja – Pemuda Umno

Gubal akta khas tangani derhaka terhadap Raja-Raja – Pemuda Umno

Pemuda Umno hari ini mencadangkan kerajaan dan Parlimen supaya mengubal satu undang-undang khas untuk mengawal sebarang tindakan tidak beradab dan dianggap derhaka terhadap Raja-raja Melayu.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh berkata, ini kerana tindakan sedemikian telah mewujudkan prasangka terhadap institusi Raja-raja yang sepatutnya dipertahankan dan bukan diperlekehkan.



“Pemuda Umno mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang tidak menghormati institusi raja dan akan terus menegur mana-mana individu atau parti yang melakukan sedemikian.

“Pemuda Umno juga menyarankan agar satu undang-undang khas digubal oleh kerajaan dan parlimen untuk mengawal sebarang tindakan tidak beradab malah derhaka terhadap Institusi Raja-raja Melayu sejajar dengan Prinsip Rukun Negara,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dr Akmal secara khus merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.



Abdul Hadi dalam hantarannya di Facebook yang bertajuk “Ketinggian Islam wajib dipertahankan” mengingatkan bahawa Islam adalah keutamaan dan memberi peringatan kepada semua supaya mereka menjaga akidah masing-masing.

“Saya sekadar memberikan peringatan kepada penganut Islam supaya menjaga dan mempertahankan akidah masing-masing, bukanlah menghina, khususnya pengamal undang-undang dan semua yang terlibat dengannya daripada kalangan para hakim dan peguam, termasuk ahli Parlimen dan Adun, bahkan Raja-raja supaya berwawasan akhirat dengan bijaksana memandang ke akhirat sana, bukan memandang kepentingan dunia di sini sahaja,” katanya.

Sementara, Hassan pula berkata Yang di-Pertuan Agong adalah tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan, dan bukannya raja mutlak. Katanya, mereka mesti mematuhi peruntukan perlembagaan dan tidak mengikut “selera dan sentimen peribadi.”

“Agong juga seperti ahli-ahli politik kena patuh dan hormati Perlembagaan Persekutuan.Perkara yang tidak ada di dalam perlembagaan tidak boleh diada-adakan sesuka hati. Yang boleh meminda perlembagaan hanya satu badan sahaja iaitu Parlimen,” katanya.



“(Dalam perkara) ini, Agong telah crossed the line (melangkau batas),” kata ahli parlimen PKR itu.

Mengulas lanjut, Dr Akmal berkata, kedua-dua ahli politik itu telah membuat kenyataan yang amat tidak bersesuaian.

“Institusi raja bukan modal untuk sesiapa meraih dividen politik bagi survival manamana individu atau parti.

“Ia harus dimartabat, dipelihara dan dihormati,” katanya lagi. Mk



Gubal akta khas tangani derhaka terhadap Raja-Raja – Pemuda Umno

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Hukum melakukan seks dengan patung (robot)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker