1 syarikat Bumiputera sahaja daripada 97 tersenarai Bursa dalam 3 tahun lepas
Ini suatu ‘wake-up call’, mencerminkan penyertaan sebenar Bumiputera dalam sektor perniagaan, kata Pengerusi Bursa Malaysia Wahid Omar.
1 syarikat Bumiputera sahaja daripada 97 tersenarai Bursa dalam 3 tahun lepas
Ini suatu ‘wake-up call’, mencerminkan penyertaan sebenar Bumiputera dalam sektor perniagaan, kata Pengerusi Bursa Malaysia Wahid Omar.
Hanya satu syarikat dikuasai Bumiputera daripada sebanyak 97 syarikat baharu yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia dalam tiga tahun kebelakangan ini, menurut Pengerusi Bursa Malaysia Wahid Omar.
Menzahirkan kebimbangan berhubung perkara itu, Wahid berkata, keadaan itu “mencerminkan penyertaan sebenar Bumiputera dalam sektor perniagaan”.
“Ini suatu ‘wake-up call’ (bagi kita), situasi sebenar yang berlaku,” katanya pada sesi pembentangan hasil libat urus pengurusan korporat dan penciptaan kekayaan pada Kongres Ekonomi Bumiputera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Wahid, yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, “punca utama kegagalan” itu adalah golongan Bumiputera sentiasa menumpukan dasarnya pada sektor awam, bukan swasta.
Perkara itu menyebabkan ekonomi Bumiputera hanya mencapai sasaran 17.8%, berbanding sektor swasta 76.2% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
“Sektor awam mungkin sumbang sebahagian daripada ekonomi negara kita … terdapat penyertaan sektor swasta yang lebih besar,” katanya.
Sementara itu Wahid turut menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan langkah memperkenalkan Dasar Peluang Saksama bagi memastikan semua rakyat terutama Bumiputera mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan yang saksama.
Menurutnya, cadangan itu wajar diangkat kerana penciptaan kekayaan dan penguasaan korporat dalam kalangan Bumiputera masih rendah berbanding bukan Bumiputera.
Jika dasar itu dilaksanakan, ia mampu mewujudkan persaingan yang lebih baik dalam perniagaan, korporat dan juga pekerjaan atau pendapatan, yang ketika ini peratusannya tidak seimbang. FMT
1 syarikat Bumiputera sahaja daripada 97 tersenarai Bursa dalam 3 tahun lepas
Baca Artikel Menarik:
- Cukai Perkhidmatan naik mulai esok, ini yang perlu kita tahu
- Sultan Selangor titah Hadi tak beradab
- Kenapa Wan Saiful dakwa SPRM menghubunginya?
- Pemuda Umno desak PM pecat ‘menteri kong kali kong’
- Agong telah ‘crossed the line’ – Hassan Karim
- Pendedahan penipuan dilakukan ejen jenama penapis air (Video)
- Ayat Manzil, rugi kalau tak belajar
- Kantoi banyak kali makan, tapi tak bayar (Video)
- Caprice dedah sisi lain Mawla Amin
- Pembebasan Muhyiddin dibatalkan Mahkamah Rayuan
- Elews Mart milik Ebit Lew bakal ditutup?
- 2 individu bertengkar sebelum terbakar
- Bot mewah karam ketika tunggu pesanan nasi kandar
- Guru Kimia kantoi ‘main’ bersama pelajar sekolah
- Selangor, Cheng Hoe ‘bercerai’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET