Transformasi Ekonomi Bumiputera bukan ganti DEB – Tok Mat

KEB 2024

Transformasi Ekonomi Bumiputera bukan ganti DEB – Tok Mat

TRANSFORMASI Ekonomi Bumiputera yang dicadangkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) bukan untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sebaliknya, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Transformasi Ekonomi Bumiputera itu bertujuan bagi ‘menghidupkan’ semula DEB yang diperkenalkan sewaktu KEB pertama dan kedua pada tahun 60-an dahulu.



Menurut Mohamad, ia juga disifatkan sebagai satu kaedah bagi membesarkan lagi kek ekonomi negara meliputi pelbagai lapisan kaum dan masyarakat.

Pada masa sama, beliau berkata, dasar tersebut dicadangkan bagi memperbaiki kelemahan dan kegagalan dalam pemerkasaan bumiputera sebelum ini.

“Kita tak ganti apa-apa. DEB tetap DEB tetapi telah berlalu dan kita buat transformasi semula untuk melihat kejayaan yang telah kita capai termasuk penubuhan agensi kerajaan. Itu hasil KEB pertama dan kedua.

“Kita ukur semula di mana kejayaan dan kegagalan. Apa kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk transformasi melalui enam tekad.



“Kita perbetulkan semula untuk menstruktur ekonomi negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian KEB 2024, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, Transformasi Ekonomi Bumiputera itu bukan mahu memecah atau mengecilkan kek ekonomi.

Katanya, dasar sebelum ini dilihat mempunyai kepincangan dari segi pelaksanaan.

“Jadi ini merupakan satu kaedah bagi memastikan semula hasrat DEB bagi menstruktur semula masyarakat negara ini dilakukan dengan lebih telus dan terbuka.



“Sebab itu kita bawa penyertaan daripada pelbagai latar belakang merentasi kaum dan kelompok terutama Sabah serta Sarawak,” katanya. Utv

Transformasi Ekonomi Bumiputera bukan ganti DEB – Tok Mat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Johan gosok baju saya – Ozlynn



Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim

Hukum melakukan seks dengan patung (robot)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker