Selangor, Cheng Hoe ‘bercerai’

Selangor, Cheng Hoe ‘bercerai’

Selangor FC (SFC) akan memulakan musim 2024/25 tanpa sentuhan Tan Cheng Hoe selepas pengendali itu mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontraknya secara serta-merta.

SFC dalam satu kenyataan menjelaskan pasukan sudah dimaklumkan mengenai keputusan Cheng Hoe untuk meninggalkan skuad ‘The Red Giants’ bagi menggalas tugas sebagai ketua jurulatih di sebuah kelab di Thailand.

“SFC juga sudah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau. SFC ingin berterima kasih kepada Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan.

“Nidzam Jamil kini dilantik sebagai ketua jurulatih sementara dan pada masa yang sama, pihak pengurusan kelab akan menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu,” kata SFC.

Sebagai rekod, sejak dilantik pada September 2022, Cheng Hoe berjaya membantu SFC menjadi naib juara Piala Malaysia 2022 dan juga naib juara Liga Super Malaysia 2023.

Ini sekali gus memastikan pasukan itu layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025. BH

Selangor, Cheng Hoe ‘bercerai’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa jadi dengan Azhar Sulaiman?

Saya tak halalkan – Alif Satar

Marissa pusing 360 darjah – Abby

RM3.5j majlis perkahwinan anak jutawan Bawal Exclusive

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker